Bawa anak berbuka puasa 'Dari Dapur Bonda' di Trove Hotel

Ahad, April 10, 2022


Bawak anak berbuka puasa 'Dari Dapur Bonda' di Trove Hotel, JB| 

Buat julung kalinya selepas pandemik melanda dunia, Trove Hotel Johor Bahru present kenangan buffet Ramadan 'Dari Dapur Bonda' yang bertempat di Lada & Clove Restaurant, Tingkat 8. 


Rezeki anak-anak dapat berbuka puasa di Hotel setelah beberapa tahun tersekat dek kerana Covid-19 kan. 

Banyak sangat menu yang disediakan di sini terutamanya khas air tangan Bonda Timah, Sup Tulang Merah. 



Sudah makan sup Tulang Merah ni, memang tak toleh orang lain dah. Kesedapan dia kena pada tekak hingga menyedut ke isinya. Dah makan, kekenyangan sampai lupa nak snap pinggan kosong tu kan. 

Selain daripada Sup Tulang Merah, menu lain  seperti: 


Nasi Dagang dipadankan dengan  Mamak Style Kari Ikan dan Sayur serta Ayam Goreng Berempah. 


Sebenarnya banyak sangat la menu di Trove Hotel ni sampai berapa pusingan nak merasa semua menu yang ada. 

Kalau korang rasa tak nak makan yang heavy course begini, ada jugak pilihan lauk pauk air tangan Chef Firdaus dan pasukannya. 


Hati Ayam Masak Kicap, Gulai Ayam dan Kentang, Ayam Steamed Halia, Ikan Siakap Masak Sweet Sour. Rambang perut rasanya nak makan apa. 


Udang Goreng Mentega dan Ikan Keli Goreng berempah sedap jugak. Semua sedap dan pembangkit selera setelah separuh hari berpuasa. 

Pilihan Aien masa tu, Hati Ayam Masak Kicap dan Udang Goreng Mentega. Sebagai Ibu menyusukan yang berpuasa dia bukan nak makan sangat, air menjadi pilihan utama di kala berbuka puasa. Dah kenyang air, mana nak pandang menu lain. 

Buat peminat kerabu dan sambal seharusnya tak ketinggalan merasa pelbagai jenis kerabu dan sambal yang dihidangkan di Trove Hotel ni. Boleh tahan jugak pedas dia. 


Dah makan pedas, langkau la ke dessert sebab dah tak tahan sangat. Bukan satu sahaja pilihan diberikan bahkan empat uolls. Haa, gabung semua pening pala. Aien suka bubur pulut hitam dia. Lemak manis dia, ish~ sedap. 

Bahagian paling Aien suka sekali di Trove Hotel ni adalah menu kanak-kanak jugak tidak dilupakan apabila ibu bapa dan dewasa lain sibuk berbuka puasa. Anak-anak kecil terutamanya sebaya Nayla, Najmi dan Nadhira ni apa sangat dorang nak makan. Paling teruja sekali bila ayahnya ambilkan wafer dan sate. 


Ke main la bujang ni makan sate. 10 cucuk sate dikerjakan dua beradik ni aje. 



Biskut Raya Corner pun ada. Siap ada jeruk bagai. Serba serbi disediakan, pasti tak menyesal bila berbuka puasa di sini. Bimbang tak boleh bangun nak balik aje. Haha 


Apa guna pergi Buffet Ramadan kalau tiada kambing bakar kan? Beratur orang menunggu daging kambing dilapah oleh chef ni. 

Dah kenyang, pihak hotel juga menyediakan kemudahan untuk menunaikan solat maghrib di Tingkat 7. Jadi tak perlu khuatir terlepas waktu solat. 


Done sungke (berbuka puasa)! Kalau korang nak berbuka puasa sama di Trove Hotel ni boleh call atau whatsapp di no yang tertera: 


𝗟𝗶𝗻𝗱𝗮 
📱𝟬𝟭𝟲 𝟳𝟮𝟯 𝟭𝟵𝟭𝟳  
𝗦𝗶𝘁𝗶 
📱 𝟬𝟭𝟲 𝟳𝟳𝟭 𝟳𝟱𝟴𝟱 
𝗟𝗼𝗿𝗻𝗮 📱 
𝟬𝟭𝟵 𝟲𝟴𝟭 𝟮𝟭𝟲𝟵 

𝗝𝗮𝗻𝗲𝘁 
📱 𝟬𝟭𝟲 𝟳𝟮𝟯 𝟵𝟬𝟬𝟯 

#trovejb 
#buffetramadhan2022 
#buffetjohor2022
#buffetramadhanjohor #buffetramadhanjohor2022 
#berbukapuasaJohor
#lifestyleblogger 
#jdtblogger











7 ulasan

  1. Alhamdulilah, masakan di Trove ni memang tak pernah mengecewakan, semua sedap...

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Repeat lagi kak . Puasa berbaki 22 hari ni. Haha

      Padam
  3. Tempat buka puasa yang menyediaakan tempat solat maghrib ni memang bagus. Takdelah kita rasa rushing kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul. Jadi kita pun boleh makan dengan senang hati. 🥰

      Padam
  4. Meriahnya menu. Memang tak tahu nak pilih makanan yang mana dulu.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤