Selesai daftar Nayla untuk kemasukan Pra sekolah sesi 23/24

Sabtu, Mac 05, 2022

 

 

Alhamdulillah, 1 Mac hari tu selesai daftar Nayla untuk kemasukan pra sekolah. Tunggu submit dokumen lagi. Mudahan dapat la. 


Nak sekolah dah anak sulong aku ni. Aiguu~ Al-kisah ritu sepupu dia dah daftar masuk ke PASTI jugak. Jadi Ibu dia ni risau la.. Risau tak bertempat sungguh ler. Haha 


Sekali ayah Nayla lagi pantas. Share dengan Ibu Nayla tentang pendaftaran untuk pra sekolah ni. Okay la kot tahun depan masuk. Sempat lagi ibu train dia untuk menulis dan membaca serba sedikit. 


Cabaran anak-anak bersekolah untuk musim pandemik ni lagi penuh liku jika nak dibandingkan dengan zaman Ibu dan ayah dia dulu. Teringat dulu, kalau tak masuk tadika pun tak ada siapa pun judge. Eh, kau tak masuk tadika. Ah, gitu. Masuk darjah 1, kalau tak silap Ibu ni dah pandai menulis. Haha


Kira bijak jugak la. Haha Isi bakul angkat sendiri. Tapi bila bincang dan bercerita dengan kawan-kawan, rupanya anak-anak sekarang punya pendidikan lagi higher level. Weh, sains darjah satu? Masa darjah 4 dulu pun rasa noob sangat. Ni kana darjah satu? Allahu. 


UPSR dah tak ada. PMR dah tak ada. Dugaan sungguh nak kena terus pandai untuk SPM. Mudah-mudahan anak-anak ni cepat cerah hati nak serap ilmu. 


Saja la ibu nak simpan cerita ni kat sini. How besar dah anak dara sorang ni. Ibu ni masih dok belek video dia masa dia kecik lagi. Rindu. Haha Sekarang dah pandai demand dengan Ibu. Nak itu nak ini. Bisok memang berebut la barang mekap. 


Ada juga baca di group KSR  how mader teman anak-anak dia pergi hang out dengan kawan-kawan. Ikut, tapi dok jauh. Mudahan Ibu boleh hang out ngan anak-anak begitu. 


Oh, yes. Pendaftaran masih dibuka sehingga 30 April 2022. Boleh klik di Pra sekolah . Soon, we realise home are silent from their voice. 



8 ulasan

  1. pejam celik dah nak masuk sekolah dah. semoga Nayla jadi anak yg pandai :)

    BalasPadam
  2. mesti mama dia pun excited kan bila anak nak naik sekolah..semoga Nayla jadi orang yang bijak pandai nanti...Aamin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin thank you auntie. Ibu dia memang excited plus neves. haha

      Padam
  3. kejap je dah nak bersekolah dia ye :p

    BalasPadam
  4. Moga dipermudahkan urusan anak2 ini

    BalasPadam
  5. Betul, dulu saya pun tak pergi taska / tadika. Mak ajar membaca di rumah, sambil2 dia baca majalah Wanita & Jelita dia ajar anak2 membaca sekali. Bila masuk darjah 1, kena belajar membaca sekali lagi sebab ramai kawan2 yang masih tak pandai membaca. Zaman sekarang memang tak boleh skip hantar ke taska/tadika kalau tak byk ketinggalan bila masuk darjah 1.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah.. sekejap je dah nak mula sekolah dan Nayla ye..
    Selamat bersekolah..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤