Resepi: Kek Batik Coklat Ganache

Ahad, Februari 13, 2022

 


Happy Sunday people~ Ramai gantung kuali ke tu? Sementara gantung kuali tu kan, meh la baca resepi pencuci mulut? Haa, manisan yang akak kutip resepi dia dari facebook dan akak kompile untuk ingatan akak esok hari. Tanda aku dan buat gaya ni. Haa, gitu. Akak ni pelupa orangnya. 


Resepi akak try semalam masa anniversary semalam. Macam lama dah tak pekena kek batik kan. Padahal ritu baru melantak kat rumah mak mentua. Haha 


Bahan-bahan Kek Batik: 


Setengah buku buttercup

Secawan milo

Setengah cawan serbuk koko

1 cawan susu manis

setengah cawan susu full cream

1 bungkus biskut marie perisa biasa


Cara-cara buatnya: 

  • Panaskan kuali diiringi buttercup yang kejung tadi. 
  • Setelah cair, masukkan susu pekat. Pelan-pelan terus kacaukan dia. Dah sebati
  • Masukkan milo dan serbuk koko. Kacau terus. Jangan biar dia membeku. Risau. 
  • Masukkan susu full cream. (actually resepi asal guna susu cair)
  • Dah sebati, masukkan biskut marie dan gaul bagi rata sebelum dimasukkan ke dalam loyang yang telah dialaskan dengan plastik. 
  • Tekankan bagi rata. Dah siap masukkan ke dalam peti sejuk. Done~

Senang kan?  kredit resepi: Dapur Cake dan Cookies


Seterusnya bahan coklat Ganache dia. Bahan-bahan diperlukan adalah seperti berikut: 

200g coklat masakan 
200g whipping cream
1 sudu butter

  • Double boilerkan kesemua bahan dan biarkan ia cair. Pastikan sebati adunan ganache -nya. 
  • Dah sejuk, boleh tuang atas kek batik tadi. 
  • Kemudian, biarkan kedua mereka semalaman sebelum dipotong 
  • Dah siap!

kredit resepi: Lyana Jamaluddin 


Senang kan? Kek Happy Birthday kata Nayla. Ibu memang plan nak letak buttercream. Tapi biasa la, penyakit M menguasai. 




Kind of messy dengan kesan tak sabar Najmi nak makan. Asyik tanya, Ibu dah siap belum? Ibu dah sejuk belum? Ibu dah keras belum. Ye anak-anak Ibu potong. Haha Dah potong. letak dalam bekas. Masuk peti. Nanti pandai la dorang amek sikit-sikit. Tapi tu la, Nayla ni bijak. P ambil coklat dia saja. 



Cukup rasa. Manis itu biasa untuk dessert. Over all, gaya ni ibu berkenan dan kalo bersih dan kemas macam boleh aje jadi punca rezeki. Haha Otak bisnes aje. Tapi, M datang. So, Ibu bagi can kat orang lain. Hihihi 


Boleh cuba flavor lain pulak. 


 





10 ulasan

  1. Sedapnya..dah lama tak buat kek batik. Kena try pula yg versi coklat ganache ni..hehe

    BalasPadam
  2. Aduh aduh.. sedapnya.. meh pos sikit ke sini Aien..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah selamat mendarat dalam perut kami 4 beranak. Haha

      Padam
  3. Sedapnya kek batik coklat ganache. Kek batik lulus dah tapi coklat ganache tu failed nak buat. Tu je lah sekali buat Aien.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Why why why? Resepi coklat ganache ni mcm senang. tapi Aien tak bau la jadi ke tak. sebab nmpk cantik je. Buat makan sendiri passed laa

      Padam
  4. Mengiurkan tekak i laaa.. nak cubalah, boleh gak balas pinggan jiran nanti hehehe

    BalasPadam
  5. aduyai sedapnya especillay bila tgk toping tu

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤