Drama Korea: Snowdrop (2022)

Khamis, Februari 17, 2022

 

kredit image: Mydramawiki


Tajuk: Snowdrop

Genre: Romance, Action

Bil. Episod: 16 

Cast: Jung Hae In, Kim Ji Soo, Jang Seung Jo, Jung Eugene, Kim Hye Eon

Sinopsis:  Berlatarkan tahun 1987, ketika Korea Selatan masih dalam pemerintahan Diktator. 

Kisah cinta antara Young Ro seorang pelajar kelas pertama dalam English Major yang secara tidak sengaja telah menyelamatkan seorang lelaki yang berdarah tidak sedarkan diri di asrama mereka. - Hosu Woman University. 

Soo Ho, lelaki yang ditemui Young Ro ketika perjumpaan blind date beberapa hari sebelum kejadian, telah menimbulkan bibit rasa cinta yang kemudian membawa kepada satu tragedi. 




Ji Soo BlackPink berlakon! Yeay! Sekaki dekat DISNEY Hotstar*. Nak try subscribe, sekali..   Hahaa Tak apa kita cari port lain. 

Alhamdulillah, dapat tengok sampai episod terakhir. Mengapa begitu sedih sekali? 

Mula-mula macam sweet je tengoi Young Ro tersipu-sipu bila dapat jumpa Soo Ho. Alih-alih Byeon Ok sibuk je. Masa tu dia ingat dia la pilihan hati Soo Ho. Sekali orang tu tinggalkan dia  Haha 

Selebihnya 12 episod drama ni cuma berkisarkan dalam asrama Hosu University tu sahaja sebab mereka berkurung dalam tu. Macamana Soo Ho nak selamatkan Young Ro daripada terus dikecam oleh pihak berkuasa. 

Soo Ho yang dikutip oleh penguasa Korea Utara ketika itu, kemudian dijadikan askar. Alih-alih, penghujungnya mak dia sendiri nak bunuh dia. Ish, plot twist sungguh. 

Arahan sepanjang cerita, "Kill Lim Soo Ho! Kill Taedong River." 

Urgh, geram aje dapat pihak atasan yang sangat pentingkan diri ni la. Puas hati penghujung dia, kesemua mereka berkomplot ditangkap. Tak tau la Code 1 tu masih selamat lagi ke tak. 

Yang tak fahamnya, drama ni dapat tentangan ramai dari netizen Korea Selatan yang suruh berhentikan tayangan, tapi biasa la kalau dah ikat kontrak, dan dapat sambutan luar negara. Sayang aje nak berhentikan. Dapat juga dorang selamat sehingga 16 episod. 

Cuma tu la, penghujung yang sangat sedih. Yang sebenarnya boleh agak jugak demi semua orang yang memang nak dia mati, just kematian dia tak la setragik yang diingini oleh semua pihak. 

Berbaloi tak tengok Ji Soo berlakon? Ramai kata watak Young Ro tu hampir dengan karakter Ji Soo sendiri. Dan Hae In layan dia dengan baik sampai Ji Soo boleh buat lakonan dia dengan  baik sekali.
 
Selebihnya macam hambar. Sebab expect lebih daripada drama ni bila tengok trailer dia. But, gah di sana, bukan bermaksud drama dia best. Snowdrop. Cantik, tapi dalam kenangan  Ha, begitu la maksudnya. 

Dorang macam nak highlightkan kebaikan Soo Ho yang telah selamatkan Mora 1 a.k.a Dr Kang Cheong Ya tu masa di German. Pahtu dia juga telah menyelamatkan Gang Mo dari terus jadi mangsa orang mabuk di German juga. Padahal Gang Mo tu dalam misi nak hapuskan dia. Mungkin kata, buat baik pada semua orang, buat jahat jangan sesekali digunapakai si Soo Ho ni. Sudahnya orang yang aniaya dirinya merupakan orang yang melahirkan dirinya. 

Sanggup berjuang untuk negara, sampai abaikan keluarga. Sangat tak bertanggungjawab. 

Plot twist kedua, Pak cik yang disangka baik oleh Young Ro. Turut sama membantu Young Ro sembunyikan Soo Ho masa dia cedera pada awal episod, rupa-rupanya Pak cik tu yang memang spy veteran sungguh. 30 tahun hidup dalam persembunyian. Sampai anak dia sendiri tak tau dia adalah perisik Korea Utara. Hebat kan? 
.

Motif drama, NON. Bagi Aien la kan. Tengok semata sebab Ji Soo yang baru pertama kali berlakon. Selebihnya macam.. hambar? Mrs.Pi yang selalu tengok dia berlakon dalam drama lain best, sekali drama ni macam syiok sendiri. Jang Eugene pun sama. Bukan syiok sendiri. Macam, mungkin pihak produksi nak cerita pasal sejarah Korea, tapi highlight dia kisah romance antara Young Ro dengan Soo Ho berakhir dengan tragis sangat la hambar. walaupun orang hebat jugak banyak berlakon dalam drama ni. 

Mungkin hambar, sejak kematian salah seorang pelakon drama ni, iaitu kawan kepada Young Ro. Feeling tu hilang. 



Keterujaan dorang kesemuan pelajar Hosu University ni nak selamat dari jadi mangsa  politik tak cukup kuat sebagaimana semangat pelajar dalam All of us Dead tu. 

Macam.... kang makin tulis makin merapu. Dah la..  Haha Give up la nak sambung. Hambar-hambar pun berjaya juga seketul kapisah ni habiskan. Aiguu~ 

korang dah tengok belom drama Snowdrop ni? 

5 ulasan

  1. Hahahaha layannnn.. dah nampak dah cite ni, tapi belum tengok, tgh duk layan Bulgasal hahahaha

    BalasPadam
  2. Habis jugak drama ni kan. Dengar haritu stop kejap. Ramai dah group band mula berlakon.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤