Drama Korea: Happiness (2021)

Ahad, Disember 12, 2021

 



Tajuk: Happiness 

Bilangan Episod: 12 episod durasi 45 minit 

Genre: Suspend, Thiller, Drama 

Barisan Pelakon: Han Hyo Joo, Park Hyung Sik, Jo Woo Jin, Ju Seung Lee, Han Da Sol, Moon Ye Won, ETC

Sinopsis: Berlatar belakangkan masa hadapan, sebuah perumahan apartment berkelas tinggi yang mempunyai penduduk dari pelbagai latar belakang dan sosial. Namun, kerana satu penyakit berjangkit telah mula berleluasa di kawasan apartment tersebut, seluruh kawasan terpaksa ditutup dan dikenakan perintah berkurung. Ketika itu, semua penghuni terpaksa berusaha untuk hidup, takut dengan penyakit berjangkit itu dan mula tidak percaya antara satu sama lain. 


Yoon Sae Bom seorang anggota squad khas. Dia seorang sangat berkeyakinan, bijak membuat keputusan dan tidak mudah gelabah. Sae Bom teruja dengan rumah baharunya namun tidak lama kemudian dia berhadapan dengan krisis ini. 

Jung Yi Hyun pula seorang bekas pemain besbol yang tercedera dalam sebuah kemalangan dan kemudiannya menjadi detektif. Yi Hyun seorang yang jujur dan juga bijak. Yi Hyun menyimpan perasan terhadap Sae Bom sejak dari bangku sekolah. Kerana krisis ini, Yi Hyun berusaha untuk menyelamatkan Sae Bom dan orang lain. 


Han Tae Seok, leftenan kolonel dalam bidang perubatan mengetahui segalanya berkaitan dengan penyakit berjangkit ini. Cuba untuk membendungnya demi negara. -kredit asianwiki


After watching point of view

Hasil karya Studio Dragon, drama Happiness ini memang banyak plot twist daripada tajuknya. Pada mulanya Aien tonton ingatkan drama romantik, rupa-rupanya drama saspen. Mau melompat koi menengok drama ni  

Lakonan Hyung Sik dan Hyo Joo setelah sekian lama tak muncul di skrin drama akibat pandemik ni. Hyung Sik karya terakhirnya, drama Suit manakalah Hyo Joo pulak W(Two World) pada tahun 2016. Agak lama jugak Hyo Joo sepi. 

Happiness atau dalam bahasa melayu, kebahagian berbeza dengan tajuknya apabila mengisahkan Sae Bom teruja memiliki kediaman pertama dengan hasil usahanya sendiri. Setelah mengikat kahwin kontrak dengan rakan baiknya Yi Hyun, mereka kemudian berpindah masuk ke apartment. 

Baru nak excited dah dapat rumah baru, alih-alih kawasan rumah dorang kena PKPD sebab ada kes penyakit berjangkit tu. Sae Bom sedih la dia kena kuarantin sorang, alih-alih Yi Hyun ada je nak menangkap seorang doktor saspek cubaan membunuh isterinya sendiri. 


Aien bayangkan yek kalau covid-19 tu serupa begini. Mampus kena kuarantin dengan penuh berjaga-jaga. Keluar ja dok tengok keliling sebab risau terserempak dengan zombie. Masya Allah nervousnya hidup. Dok tengok drama ni pun, Aien ikut berlari sama apabila kena scene yang saspen. Tengok pulak tengah malam, sorang-sorang pulak tu sudahnya celik sampai pagi. Ibu pulak jadi zombie lepas tu. Ha Ha 
.

Dalam banyak-banyak bangunan apartment, blok 101 je di-highlightkan sebab bangunan tu separuh daripada untuk golongan awam dan separuh lagi untuk bangsawan T20 gitu la. Dengan wakil penghuni yang separuh gula jawatan, rupa-rupanya dia pun tak ada la kaya sangat. 

Jangkitan penyakit ini bermula dari keluaran pil yang bernama -NEXT yang mampu memberi tenaga kepada sesiapa yang mengambilnya. Pengedaran pil tersebut berjalan daripada gimnasium apartment yang meletakkan syarat bukan semua penghuni apartment boleh gunapakai kemudahan tu. 
.

Kes pertama dalam bangunan 101 tu adalah isteri kepada doktor, Oh Joo Hyeong yang tinggal di rumah No 601. Isteri dia sempat bertukar menjadi zombie sebelum dipukul mati oleh suaminya dengan kayu golf. 

Sejak dari tu la bermula PKPD tu. Han Tae Seok - yang mengetuai semua urusan mengenai zombie-rian ni, memohon kerjasama daripada Sae Bom yang telahpun digigit sebelum dia masuk ke La Ceiyl Apartment. Namun, belum ada reaksi jangkitan tersebut. Han Tae Seok saspek bahawa Sae Bom mungkin memiliki antidot untuk penyakit tu. 
.

Bila dorang mula nervous dan risau tak cukup stok makanan, mula menyalahkan sesama mereka ada yang cuba menyembunyikan identiti yang telah terjangkit. Sae Bom dan Yi Hyun menawarkan diri untuk ke pasaraya untuk mencari stok minuman dan makanan. Di situ mereka menjumpai Bo Ram, juruwang yang terselamat dari serangan zombie. 

Perasan tamak mula menguasai bagi mereka yang mempunyai wang. Mahu monopoli seluruh stok. Padahal penghuni di tingkat 15, tenang menghadapi situasi doomsday la kiranya. 

Sae Bom yang selalu rational berjaya menjaga keadaan agar sentiasa tenang. Seorang demi seorang mereka yang telah dijangkiti ditemui. Oh Yeon Ok, wakil penghuni konon mula tak senang dengan Sae Bom seolah ingin merampas tugasnya sebagai wakil penghuni. Tambahan pula semua boleh dengar dan akur saranan Sae Bom dan Yi Hyun untuk kekal selamat. 
.

Banyak sangat plot twist dalam drama ni, bila curiga dengan  penghuni tingkat 15, Kim Se Hoon yang jarang bergaul dengan penghuni lain. Saspek dia jadi zombie jugak, tapi berjaya sembunyikan identiti dia. Rupanya bukan. 

Ingatkan dah selamat dari serangan zombie yang tidak berjaya masuk kedalam bangunan mereka, rupanya ada yang terkena jangkitan bila isteri kediaman 601 menggila sebelum ditangkap pihak atasan. 
.

Kira momentum drama ni turun naik di mana mereka berjaga-jaga antara serangan zombie dan khianat sesama penghuni. Masa ni dah tak boleh percaya sesiapa. Lagi-lagi seluruh bekalan air, letrik, internet mereka dipotong apabila PKPD dilanjutkan lagi. Mampus ah hidup, memang boleh depress. Yang ada ahli keluarga kita ja. Kalau tak berinteraksi dengan orang lain, mahu gila jugak. 

Setelah menonton 12 episod ni, Aien lega dan bersyukur kita tidak berhadap dengan serangan zombie dan dikurung tanpa sebarang sekatan bekalan. Rate drama ni 9/10 bagi Aien. Korang nak tonton drama ni boleh tonton di aplikasi VIU ataupun WeTV. 

5 ulasan

  1. habs da k ret tgk cter ni... tp ending mcm x umph la hehehe

    BalasPadam
  2. nampak je studio dragon terus excited nak tengok walaupun dah jelak dengan cerita zombie haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. kita serupa. Haha expectation pada Studio Dragon memang 👍👍

      Padam
  3. kita pun tengok cerita ni. cool la watak sae bom!!

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤