Cuti-cuti Sarawak: Bahagian Akhir

Khamis, Disember 30, 2021

Fuh, mencari mood untuk menaip kembali artikel yang telah ditaip yang berbaki beberapa ayat saja, alih-alih tertekan butang "CLEAR" pada papan kekunci. Masyaa Allah, dugaan di hujung tahun. Hari terakhir di tahun 2021. Urgh~


Aih, baru sikit dah hilang sabar. Acaner ni? Belom lagi......  Err. Sabar la ni. tu yang baru jumpa mood lagi. Tu la, orang tua pesan jangan suka buat kerja last minit. Itu yang jadi dia. Baik! Kita terus ke bahagian akhir penghujung kita cuti-cuti Sarawak awal bulan december hari tu. Siapa yang belom baca 3 bahagian sebelumnya, boleh la jenguk baca sama. 


[ Bahagian 1 ] [ Bahagian 2 ] [ Bahagian 3 ]


Jadi untuk bahagian akhir ini, kembalinya kami dari Kuching dengan selamat alhamdulillah berehat di malam hari, jadi paginya harus di teruskan dengan misi mencari ole-ole untuk teman pejabat suami dan juga saudara mara di Johor. Sebelum tu, kami menghabis masa selama hampir 2 jam di Taman Buaya dan Hidupan Liar Miri. 


Jalan-jalan di Taman Buaya Miri

Tapi, disebabkan berada di kampung dah talian data terhad, kita taip saja panjang-panjang. Kot la boleh campak gambar barang 2, boleh jugak Aien cuba. Jika tak, tahun baru nanti kita update gambar. 


Okay, tak boleh campak sekali banyak. Satu persatu. Omoh~ jenuh nak skrol. Haha Tak apa. Demimu sebuah diary. Aku sanggup walaupun mata pun dah mula layap. Baik taip laju-laju before bateri totally out. 

Sepanjang umur Aien ni, sejak Taman Buaya ni ditubuhkan pada tahun 2016, memang tak pernah la jejak kaki ke mari. Bila dah ada anak-anak puas menjejakkan kaki ke segala zoo yang ada dalam Malaysia ni. Eceh.  Padahal baru Zoo Johor, Zoo Melaka dengan Taman Buaya ni je. Haha 

Buat pengetahuan korang, Miri tidak mempunyai Zoo seperti kita di Malaya ni, jadi bila dah dapat jejak kaki ke Taman Buaya serta Hidupan Liar Miri cukup beruntung. Aien berpuas hati dengan harga tiket cuma RM 25 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak. Bawah 90cm atau 3 tahun dapat percuma. Jadi untuk kami 5 beranak, cuma Aien dan suami serta Nayla yang berbayar. Najmi dan Nadhira free of charge babeh. Hehe

Dari pintu masuk korang boleh nampak ada gerai kecil menjual makanan ringan dan minuman. Jika korang tiada membawa makanan boleh la masuk beli air sikit takut semput. Haha Kami 4 beranak, kongsi satu botol air masak berebut. Sebab masa masuk kami ikut pagar lain, jadi tak lalu kawasan tu. Masuk pulak bawak stroller. Aiguu~ This park is not a stroller friendly. Seeloknya kalau ada bawa baby macam kami, cukup sekadar dengan baby carrier je, jenuh nak menggangkat bila jalan tak rata (totally macam feeling kampung) and bila nak tengok buaya makan tu, kena naik jambatan. So, stroller kena tinggal bawah sebab jambatan tu cukup untuk orang je. Consider la kalau kita bawak stroller, pahtu orang lain tak boleh nak tengok view buaya makan. 

Haa, gitu laa. Panjang pulak bebel dia. Selepas tu, ada saja kawasan kantin dia, tapi not recommended untuk muslim. 😊 


Sekali nampak replica kulit buaya, masya Allah. dua orang budak kagum dan gerun betapa besar buaya tu. Aien dalam kepala fikir. Lawa jugak kalau buat beg ni. Haha

Sebelum jumpa kantin tu, ada kura-kura dan labi-labi di sebelah kanan ke kiri. Dah tak ingat. Bila fikir balik, Taman Buaya ni banyak amek style Zoo Melaka. Mula dah letak kura-kura. Bawak tuah ke tu? 


Next, jumpa Beruang Matahari yang agak kelaparan. Rupanya bila lalu di bahagian kantin tadi, boleh beli pisang atau betik untuk diberi makan pada haiwan ni. Lebih kurang macam boleh bagi haiwan makanan gitu. Dah la dia seekor je dalam kandang. Mesti sunyi. Haha 


Seterusnya semesti buaya. Cuma yang diletak dalam kandang batu cuma anak buaya yang masih kecil. Sebelah kiri taman, buaya dan beaar diletakkan sekali. Entah lebih 30 ekor rasanya dalam satu kandang yu. Uish.. Seram tengok bila penjaga dia bagi makanan pada mereka.  Limit cuma 3-5 ekor sekali masa makan. Jika korang datang pagi, sekitar 11.30-12 tengahari, waktu buaya makan. Manakala disebelah petang, sekitar jam 3.30-4 petang. 

Haa, sudah. lupa lagi. 

Rasa macam boring sangat lama sangat bila penjaga tu dok uji sang buaya, sebab nak bagi semua pengunjung yang baru sampai tengok sama, tu yang dia saja slow slow. Kami bergerak ke bahagian seterusnya. 

Di sebelah kiri jalan ada haiwan eksotik iaitu ular manakala di sebelah kanan jalan ada burung dari pelbagai jenis. Siap siapa nak pegang ular pun boleh. kami, ah ah.. No! Haha belom ada keberanian. Jika hendak ke tandas boleh la pergi di belakang tempat ular tu. Haha Bersih, jangan risau! 

Ada camelion, eh sesumpah. Ada macam-macam la haiwan lagi. Serupa zoo pun ada juga. Bayangkan eh, dekat 2 jam berjalan. Pheew. 

Ada tasik buatan yang dihiasi dengan bunga teratai untuk menjaga suhu taman supaya lebih sesuai seperti habitat para haiwan. Haa gitu. Eh.  para ya.. 

Yang penting, banyak juga port lawa untuk ambil gambar. Dengan pencahayan asli daripada matahri, pheww pasti gambar meletup. 

Kemudian, teruskan perjalanan korang ke depan boleh berjumpa dengan kandangan kuda  kerbau atau lembu, ohh kijang atau rusa sebelah depan tadi. Dan kemudian kandang kambing yang sangat luas. Kambing biri-biri pun ada. kOrang pun boleh bagi makan dengan kambing, siap ada loceng untuk panggil dorang makan. Ooohhh.. so cute. 

Sebelum tu, lalu bahagian ular tadi korang akan berjumpa dengan kandang arnab dan port untuk bagi burung merpati makan. Memang ah~ lawanya gambar. Ibu ni aje yang amatur untuk snap the photo. 

Nayla dan Najmi kali pertama nampak arnab sangat teruja dengan haiwan berbulu lebat tu. So fluffy. Najmi catch it! Or, ayah catch bagi pada abang.  Who knows? Haha

Tamat je bahagian kambing jalan dan perjalanan korang pun tamat dengan melalui belakang kandang Beruang Matahari tadi. 

Walaupun tak besar, tapi Aien rasa proud la dapat jalan-jalan ke situ sebab kami adik beradik ni bukan la jenis yang suka berjalan ke tempat begitu. Thanks husband sudi ajarkan anak-anak real world for cantikkan lagi dorang punya chilhood memory. 


Usai melepas lelah sebentar dalam kereta, kami terus ke destinasi seterusnya iaitu mencari ikan masin terubuk, amplong dan kain batik sarawak untuk sedara mara. Dari pasar  Tamu Muhibbah ke Pasar Kedayan, ke Medan apa tu berhampiran pasar juga, See aku anak tempatan pun lupa. Dasar kacang melupakan kulit.  bwahaha Dia bukan apa, banyak betul perubahan dalam 2 tahun aku dah tak balik nih. Pahtu,aku bila balik mana dapat jalan-jalan macam ni. Kali ni seronok sebab husband sewa kereta personally, dan kami boleh berjalan satu family kalau yang lain tak nak ikut. Husband pun boleh treasure jalan Miri. Haa gitu. 

Bila hari da petang sikit, kami terus ke Pasar Malam Seberkas untuk misi mencari Kek Lapis. Sebenarnya kalau ada bajet lebih dan mencari kek lapis sedap, boleh cari di tempat lain. 


Tapi, saja nak jalan Pasar Malam sebab aku craving nak makan Ayam panggang. Tongkeng panggang, pedal dan hati panggang. Uish..  Kalau di sini, kebanyakan bergoreng semua. One of the must get it bila ke Sarawak. 


bAnyak je pilihan ayam cucuk,  Aien piluh berdasarkan rasa hati macam sedap je. Haha Lagipun satu batang tu, adda tiga bahagian hati/pedal dan fishball semua seringgi je. Mana nak cari kat sini? Sosej sebatang pun masih seringgit ui  

Selesai semua misi mencari, kami pulang ke rumah untuk berkemas dan berehat. Pheew esok dah nak balik. huhuhu


LAST DAY AT MIRI

Bila dah siap kemas semalam, kami spend our morning after breakfast untuk ke dobi. Cuci semua baju kotor supaya bila balik dah tak perlu fikir pasal baju lagi. 😂 Ngelat ke tak tu? 

Sebelum tengahari lagi, Umi Aien dok telefon ingatkan jangan makan kat luar dia dah masak untuk makan tengahari. Padahal kitaorang jalan-jalan pergi cari barang lain lagi. Jauh pusing sampai ke Piasau. Alhamdulillah jumpa juga barang dicari. Terjumpa pulak nenek Saudara yang tak sempat jumpa. Tu la kan, orang cakap. Saudara mara dah tak kenal dah tak tahu. Kebalan di alam mata semakin ramai. 

Usai pulang, kemas-kemas dan makan tengahari nak bersiap ke lapangan terbang sebab flight kami jam 1720. Dan-dan airasia hantar emel pada suami kata flight ditunda. Apa lagi, ayah pun suruh kami berjalan dengan adik cuci mata lagi. Padahal kami ni dah dalam mood ready to see Johor. 

Jalan la jugak ikut adik yang datang daripada Kuching nak tengok Times Square Miri, yang sememangnya cantik tempat bergaambar. Kemudian ke Coco Cabana lagi. Kali ni dapat la masuk ke dalam. Tapi, hujan pula. 

Jalan punya jalan kami terus direct ke airport sebab risau kot-kot la sebenarnya ada masalah sistem. Nah, sekali sampai jam 2040 flight ditunda. Astaga. Berehat la sekejap kami di surau, isi air panas  Buat susu anak-anak. Masing-masing sudah keletihan tau. 

Selamat jalan Miri, sampai ketemu lagi. Ayah suruh balik Raya Haji terus celebrate birthday cucu dia yang ada dua ketul bulan 7 nanti. Saing birthday dia. Terus buat aqiqah. Tapi,, yang lain nak berkumpul Raya Aidilfitri. 

Kami, wallahualam. kita tengok dulu macamana. Panjang umur mana sampai dulu kita jumpa lagi. 

Kami selamat tiba di kediaman jam 12 tengah malam. Jadi cinderella balik rumah. Alhamdulillah tamat sudah travelog untuk kali ini. Panjang umur jumpa lagi Bumi Kenyalang. 


ps: Nanti kita update gambar dalam ni okay. 





5 ulasan

  1. Sewonoknya. Ni yang rasa nak pergi coti2 ke sana juga nih 😅.

    BalasPadam
  2. Wah.. jalan-jalan tengok buay.. Padat aktiviti aien ye.. Bukan selalu dapat pulang ke sana kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang padat kak sha. Tak sempat nak golek2 atas katil. ahaha

      Padam
  3. wah ada balit miri rupanya. banyak sik tempat baru kat miri since last aein balit??

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak ehh. ya pun xhbis treasure gik. hahah in shaa Allah next time pulang kita lenjan abis. haha

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤