Jurnal Nadhira 4 bulan

Ahad, November 14, 2021


 

Setelah 4 hari, baru Ibu ada masa dan idea nak menaip. Rentetan jurnal kesihatan dan growth skill si kecik Nadhira. Ibu tulis as a diari je la.. Moga besok Ibu boleh baca lagi. 

Alhamdulillah Nadhira Imaani telahpun cecah 4 bulan pada 6 November yang lepas. Masa kecik ni, memang tak sedar masa berlalu dengan pantas. Sebab kerja si bayi ni minum susu, berak, mandi tido. Itu je la.. Pusing-pusing gitu je la. Cuma dah jejak 4 bulan ni aktiviti dia dah mula banyak. Nadhira pun dah mula explore sekeliling. Mata juga dah melilau, air liur pun meleleh. It's normal bila da ada baby tudung kau bau muntah susu dia. Kena la standby kain tuala banyak-banyak. Satu benda Ibu belajar tentang Nadhira ni, dia macam mabuk bila minum susu dalam kereta. Lagi-lagi susu tu daripada malam tadi dia tak sedut, dah Ibu tak mermet dia keluar. Haa  kasi dia minum yang tu, konfem dimuntahkan semula. Acee kerja kan? 

Sejak daripada tu, kalau malam Nadhira kurang menetek, Ibu mermet siap-siap. Buang je la. Ada juga suggestion simpan  frozen kan. Boleh guna masa dia dah makan nanti. Ha, ye la. Nanti iBu buat. 

Itu baru bab menyusu. One more thing, dia lagi suka perati botol kakak dengan abang dia. Dari nyusu dengan iBu. Bila masing-masing rehat santai menyusu, dengan penuh tekun Nadhira renung kakak dan abang dia nyusu. Adooii, anak la anak. Tamau tamau. Ibu tamau ajar awak botol. Nanti Ibu rindu dengan renungan awak. 

Yang bestnya Nadhira, tepat hari dia 4 bulan, dia dah pandai turn around body dia. Wah! Tahniah ttal! Memang ajaib la. tak ada siapa ajar. dia ringan-ringan badan dia duduk sipi-sipi tepi tilam, terbalikkan diri dia..Sekarang ni, hmmm jenuh nak pusingkan dia balik sebab dia nangis. ritu dah ajar dia untuk pusing balik, tapi masih sangkut part dia nak tarik tangan dia balik. 

Faham tak ni? Ibu cerita ni. Sambil taip, ibu terbayang dia golek-golek sendiri. Haha


Temu janji Klinik Kesihatan tunda sampai 10hb hari tu, sebab 6hb jatuh hari sabtu kalau tak silap. Pahtu, gabung dengan cuti Deepavali maka tertunda sampai hari rabu. Alhamdulillah semua baik-baik saja. Timbang naik 500g . Yeah! Pahtu kalau dulu 4 bulan tak ada kena cucuk, kalau tak silap la kan. Sekarang dah ada. Suntikan vaksin phemucocal. Khas untuk penyakit ROTA Virus. Ibu pun nak cerita panjang pun tengah rajin sangat nih kan. Risau korang boring je. 

Suntikan Phemucocal ni baru je diberikan di Klinik Kesihatan sejak 2020. Kalau sebelum tu, kena suntik sendiri di klinik swasta. Masa Najmi dulu belom ada lagi. 
.

Kesan daripada suntikan tu, Nadhira meragam la jugak 2, 3 malam. Plus dia memang tengah selsema dengan batuk. Adoo, berganda la manja dia. Bengkak di tempat suntikan sebesar duit syiling 50 sen. Alhamdulillah hari ni dah surut sikit. Kalau tak, malam lepas kena cucuk tu, nak pusing sebelah kanan pun dia nangis. Sebab cucuk tu di peha kanan dia. 
.

Over all anak ibu sehat aja. Apa lagi yek untuk past month? Tak ada la kot. Ibu pun tada masalah jaga dia. Mudahan Nadhira Imaani sentiasa sehat-sehat saja. Membesar dengan baik, boleh jadi penenang hati Ibu yang selalu nak meletus ni. 

7 ulasan

  1. baby memang cepat ja membesar kan ? nanti tak lama kang mesti rindu waktu bau bau baby masa dia kecik .. fuuu , time flies betull :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul. Simptom mak-mak..kejap suruh dia cepat beso, kejap suh jgn membesar cepat sangat

      Padam
  2. hehe. boleh faham sebab dah ramai anak sedara.

    BalasPadam
  3. kejap je dah 4 bulan eh hehehe...
    rasa baru je dgr ain bersalin :D

    BalasPadam
  4. Wahhh, moga sihat selalu ye Nadhira..hihi

    BalasPadam
  5. Kejap jer dah 4 bulan yer. Rasa macam baru semalam Aien beranak.Ha3.
    Membesar dengan sihat yer Nadhira!!

    BalasPadam
  6. Masa dia waktu ini memang seronoknya tengok tapi kalau dia meragam, kita pening.. hehehe.. Comel je baca pasal Nadhira ini.. Semoga Nadhira diberikan kesihatan yang baik selalu.. Aamiin..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤