DRAMA TURKI: DOLUNAY (FULL MOON)

Isnin, Oktober 11, 2021


 

Tajuk: Dolunay / Full Moon 

Genre: Romantic, Comedy, Drama, family

Bilangan Episod: 26 / 1 jam 50 minit 

Barisan pelakon: Ozge Gurel, Can Yaman, Hakan Kurtas, Alihan Turkdemir, Alara Bozbey , 

Sinopsis: Dolunay explores the theme of what makes a family a family. Is it blood and genetics, shared experiences, or simply love? Ferit aslan is a smart and successful businessman and born leader who is disciplined in all areas of his life from work, to fitness to health. He is particularly strict in regards to his home and those who wirk in it. Nazli Pinar is a young culinary student who is hired as Ferit's private chef and must deal with his specific requirements and rules for preparing his meals. Outspoken, independent, and free-spirited, Nazli initially clashes with Ferit. But the two gradually form a friendship and flirtation. When tragedy strikes and Ferit must take responsibility for his young nephew, Bulut, Ferit and Nazli (who has grown very close to the childl agree engage in a fabricated relationship to help his chanxes of gaining custody of Bulut in an ensuing custody battle with Bulut's aunt, Demet. Things are complicated when Ferit's musician brother in-law, Deniz, falls in love with Nazli and Demet tries to use this to turn Denis against Ferit. The core set of supporting characters are a mix of family and friends who are considered family, who mostly help but sometimes hinder Ferit and Nazli's relationship as it evolves from business to friendship and eventually, love. 


MY REVIEW


Hi, hi! Drama Turki again. Sejuta tahun menonton drama ni baru habis malam tadi. Sepanjang 26 episod yang serupa movie panjangnya, makan masa. Excited dia pun panjang meleret. Haha 


Dolunay atau lebih mesra dengan bahasa Inggerisnya, Full Moon menceritakan tentang Ferit Aslan dengan Nazmiye Nazli Pinar. Actually Aien tengok without baca sinopsis dia. Tengok macam best, Macam hensem pelakon, lekat la menonton teman masa makan. Itu pun kalau tak saing anak-anak makan. 


Bila dah tulis review ni, baru baca sinopsis. Aah la dorang banyak storyline tentang keluarga dan kawan yang ada masa susah dan senang. Nazli, dan kawan baiknya Fatos, serta adik Nazli, Asuman duduk serumah di Istanbul. Nazli sentiasa mencari kerja sampingan sementara belajar dalam bidang gastronomy. Fatos pula seorang graduan dalam bidang fesyen yang selalu berangan untuk mempunyai sebuah butik fesyen sendiri. Asuman pulak is troublemaker. Tak habis-habis masalah dia timbulkan. Tapi, sudahnya dia insaf jugak. 


Kisah Ferit dan Nazli bermula apabila Nazli menerima tawaran pensyarahnya untuk bekerja dengan Ferit. Dia yang lebih suka memilih untuk bekerja berpasukan akhirnya akur apabila Ferit menawarkan gaji yang lebih lumayan. Dengan majikan yang agak ketat dengan peraturan tetap tak dapat mengikat jiwa bebas Nazli. 


Walaupun Ferit dah pesan sekian sekian pada Mrs.Ikbal untuk sampaikan pada Nazli, tetap jugak Nazli ikut cara dia. Akhirnya Ferit akur dengan gaya Nazli yang disangkanya orang lebih berusia.  Pahtu pahtu   Anak buah Ferit, Bulut  yang umpama cupid bagi mereka berdua ni memang kiut je. Dia yang sukakan masakan Nazli. Cuba pasangkan Ferit dengan Nazli. Satu kejadian yang tak disangka merungut nyawa ibu bapa Bulut merangkap kakak Ferit membuatkan Mak Cik Bulut yang dia sendiri tak peenah nampak cuba untuk berebutkan hak penjagaan Bulut demi saham yang diwariskan kepadanya. 

Hakikatnya suami mak cik Bulut, Demet iaitu Hakan yang terlalu busuk hati dengan Ferit Aslan ni. Dia je yang sentiasa menggunakan orang sekeliling dia demi kepentingan diri dia sendiri. Hujung drama baru beritahu kenapa Hakan ni tak pernah berpuas hati dengan Ferit. 


Kunci kekeluargaan dorang nak tekankan dalam Dolunay ni adalah apabila: 

1. seorang kanak-kanak lelaki trauma melihat ibunya berselingkuh di depan mata dia. Sukar untuk dia berikan kemaafan itu. 

2. Sahabat yang selalu ada bersama di waktu susah dan senang. 

3. Keluarga yang lebih mementingkan wang berbanding pertalian darah. 

4. Persahabatan turun temurun yang cuba dipisahkan dengan hanya perebutan cinta. 

5. ketamakan memiliki wang membawa padah. 


Kerana wang, semua sanggup berbuat apa saja. Nasib juga si Fatos insaf apabila dia sedar lelaki kaya bukan tiket kebahagian dalam perhubungan. 

Akhirnya Ferit dan Nazli dapat hak penjagan Bulut sebab Bulut memang sayangkan Nazli. Yang dapat pujuk Bulut ketika dia masih dalam trauma pun Nazli juga. 

Haa, begitu la seadanya. Nak cerita panjang-panjang risau kome takut nak baca. Al-maklum la Aien pun dah tak rajin nak blogwalking. Masih mencari rhythm untuk diri sendiri menyusun momentum menyelesaikan semuanya. 


Bila layan drama Turki ni, hanyut di bawa masa. Haha Nasib la labu. 

Benda baik daripada drama Turki ni automatik, Allah Allah bila geram dengan bebudak. Haha Bagus kan. 


Allah Allah. K sambung next gandingan Nazli dan Ferit dalam Mr.Wrong. Ini memang lain betul. 



6 ulasan

  1. selalu tengok drama turki ni sebab pelakon dia cantik dan hensem belaka. tapi i tak pernah habis pun tengok satu siri sebab terlampau panjang sangat penat nak follow kadang tu terus jump tengok last episode..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah. sis pun take time nak tengok. Hilang dah drama china sis. Haha

      Padam
  2. Diorang memang selalu sebut Allah, Allah. Ada satu movie tu, scene kat kelab malam pun sebut Allah...

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤