Intellifluence - Cara daftar menjadi influencer melalui aplikasi

Khamis, September 09, 2021


 

Hi, akhirnya tamat sudah teka teki sama ada nak join ke tidak intellifuence ni, di mana menjadi igauan para blogger sekaliannya. Setelah Aien baca perkongsian daripada BusyraMrs.Pip dan Rasyidah, membuak pulak hati nak join. Laju aje kan. Padahal adik sendiri join dulu dia tak mau pakai. Apaaaa daa~


Kalau korang pembaca setia Aien, mesti tahu Aien selalu kemaskini blog melalui seketul telefon pintar sahaja. ☺ Bukannya apa, seketul telefon itu memang selalu kat tangan, bila anak-anak tido benda ni jugak peneman buat tengok drama atau update blog. Jadi untuk join intellifluence ni seharusnya Aien perlukan aplikasi dia. 


Apa itu Intellifluence? 

Intellifluence ini merupakan satu platform di mana untuk brand dan para influencer bergabung. Ia sangat mudah dan tanpa kontrak bagi keduanya sama ada brand mahupun influencer bekerja sesama mereka. Paling senang sekali, Intellifluence merupakan all in one yang memudahkan semua orang untuk mendapat keuntungan dan influencer dibayar dengan rate USD Dollar. Wow kan? Jom daftar sekarang  untuk MENJADI INFLUENCER di Intellifluence. 


Langkah 1: Muat turun aplikasi Intellifluence di Play Store  

Selesai muat turun, maka buka aplikasi tersebut. Tapi maafkan la Aien sebab mula masuk tu, terlupa nak screenshot sebab excited sangat. Haha



Selepas mendaftar masuk menggunapakai alamat email, korang dah boleh masuk dah susun atur profile korang yang bermula dengan isi gambar profil. Kemudian, isikan dengan butir peribadi yang lain. Aien terlupa amat deh! Moh la kita skip! 




Langkah ke-5: Isikan details lokasi korang ya. Senang dia nak berhubung nanti. Nak hantar barang yang korang pilih untuk review ke. 




Langkah ke-6: Sambungkan media sosial korang dengan aplikasi intellifluence ni. Makin banyak korang sambung, makin tinggi korang punya reach tu nanti. Apa itu reach? Reach itu bermaksud capaian sejauh mana korang boleh dihubungi melalui media sosial ni. Atau bahasa mudahnya seberapa banyak korang boleh kongsikan melalui media sosial yang disambungkan tu. 



Langkah ke-7: Korang boleh pilih jenis pembayaran yang bagaimana yang korang nak. dia ada tiga pilihan seperti yang tertera dalam gambar di atas. 



Dah pun selesai sesi pendaftaran. Maka korang boleh bermula pilih kerja untuk korang mula menjana pendapatan dengan USD dollar. Wow kan? Jom daftar sekarang DI SINI Senang mudah dan korang pun tak perlu risau sebab aplikasi dia memang mesra pengguna. 

23 ulasan

  1. menarik ni..tapi tulah media sosial yang ada hanyalah blog. Good luck Aien! Semoga dapat menjana pendapatn melalui Intellifluence

    BalasPadam
  2. Kedengarannya sangat menarik! Good luck Aien.

    BalasPadam
  3. ramai yang share mengenai intellifuece. manarik juga buat side income, sis pun dah daftar tapi belum rajin lagi nak menulis job review selain dari niche sedia ada..hehe

    BalasPadam
  4. Selamat menjana pendapatan.. dh bt acc tp belum pilih job hehe.

    P/s: kerap bw guna fon. Tak jumpa button follow dlm blog. Huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Ada. di bawah popular post, di atas archive. :)

      Padam
  5. Ada dah register.. tapi haritu masukkan profile pic x lepas lepas . nantilah cuba lagi . mmg nak fokus ke situ jugak ni.. cari duit lebih gitu

    BalasPadam
  6. Dah join, dua kali dah apply job yg sesuai utk di kongsi

    BalasPadam
  7. Saya tak tahu pulak ada app, ingatkan ada website saja 🤣 thank you for sharing!

    BalasPadam
  8. Saya dahh 5 completed kerja hehehe, boleh la dapat duit sampingan gituuu heheheh.

    BalasPadam
  9. Dah install dan isi semua cuma belum faham bagaimana ianya berfungsi selepas apply tu. hehe.

    BalasPadam
  10. Macehhh kongsiiiii! Mmg nak buat jugak ni. Tapi ada pernah baca komen dekat blog siapa haritu katanya kena ada doamin dulu baru boleh register huuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. iyeee ke? tak perasan pulak benda tu.. cuba je laaa. mna tau dapat

      Padam
  11. mudah sangat nak daftar Intellifluence ni sebab tak ada kontrak atau syarat minimum untuk dapat job

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤