Goodbye September

Khamis, September 30, 2021

 


First, let's me publish this entry! 


Happy 31st years to me. May Allah bless with more happiness, more patient and more rezk. 


Orang kata jangan tamak kalau minta dengan manusia, tapi dengan Allah minta la sebanyak yang mungkin sebab kita tak tahu yang mana satu yang Allah akan berikan pada kita. Apa-apa pun dugaan dan ujian mahupun kesenangan yang diperolehi itu, semuanya telah tertulis di Luh Mahfuz. Semua Allah sudah tentukan. Usaha lebih, Allah beri lebih. Minta lebih, Allah uji lagi . Tanda ingatan sama ada kita ingat akanNya ataupun menjadi hamba yang kufur. Nauzubillah min zalik. 


Umur makin meningkat. Kubur kata mari, dunia kata pergi. Tak mahu miskin di dunia dan juga akhirat. Bahkan tak mahu juga terlalu kaya di dunia tapi tetap miskin di akhirat. Jika boleh, biar la kedua-duanya seiring dengan status kita sebagai hamba yang diciptakan oleh Allah SWT untuk beribadah kepadaNya. 


Buat diri, tanda syukur itu dibayar dengan ibadah. Apa lidahmu menuturkan syukur, tapi jasadmu masih kaku di baringan, belom tentu syurga milikmu. Bahkan yang sedia menanti di tikar solat belum yakin akan nasibnya. Ini kan dirimu yang selalu alpa. Allahuma solli ala muhammad. 


September 2021 berlalu dengan baik, alhamdulillah walaupun sedikit clash. Something yang we can't predict the future but we can manage it now? You know. .. Create your own future. Jangan terlalu selesa. Selalu pesan dengan diri, kau tak cuba mana kau tahu. Malangnya dia masih di sini. Dalam zonenya sendiri. Moga setahun sepanjang 31 tahun akan datang lebih banyak perancangan. Kita merancang kegagalan supaya untuk lebih berjaya! Kan? 


Moga kamu kamu dan juga kamu semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dalam apa jua yang kamu lakukan. Tiada apa lagi yang mampu diri berikan melainkan memanjatkan doa buat semua yang datang ke sini, membaca dan komen dilimpahi rahmatNya dan sentiasa dalam jagaan Allah SWT. Aamiin ya rabbal alamiin.  ♥ 



12 ulasan

  1. Selamat hari lahir. Insya Allah semoga tahun akan datang pun dipenuhi kesihatan dan kesenangan hati. Aminn ^^

    BalasPadam
  2. sanah helwah aien. semoga murah rezeki dan dalam kecintaan allah sentiasa

    BalasPadam
  3. Selamat hari lahir, Kak Aien. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Jannah. Aamiin ya rabbal alamin. :)

      Padam
  4. Hepi besday aien... Salam oktober..

    BalasPadam
  5. hepi belated birthday Aien. Semoga berjaya dunia dan akhirat

    BalasPadam
  6. Happy belated birthday, Semoga berjaya dunia dan akhirat.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤