Permainan telefon kegilaan ramai suatu ketika dahulu

Khamis, Ogos 26, 2021


Weh, game ni dulu aku pernah main kot! 


Kebiasaan ayat yang akan didengari dari remaja 90-an dahulunya apabila melihat permainan ini. Tahu tak korang permainan apa yang mengamit memori ni? 


Game Ular wei! Game masa telefon Nokia 3310 atau tiga tiga sekupang dulu orang panggil. Telefon lejen yang kalau dibaling takkan berderai atau pecah. Dan satu-satunya permainan yang ada dalam telefon itu hanyalah permainan ular tangkap-tangkap makan, biar dia sampai panjang. Siapa paling panjang dia la juara. Aien ingat lagi, kalau siapa dapat paling panjang, sampai ular tu dah tak dapat pusing kotak dia dah. Nasib ada pintu ajaib, dia boleh telus je. Bila teringat ni, terus Aien jalan-jalan di play.org dan terjumpa game ular ni. Masyaa Allah membawa balik memori uolls . 


Malangnya bila dah lama tak  main, alih-alih dalam bentuk 3D, kekoknya lahai. Asyik "GAME OVER" je. Geram iolls tahu. 


Macam ni rupa 3D dia. Tak perlu download, tak perlu aplikasi, senang ya amat. Ini dah kali ketiga puluh tiga Aien kalah. Urgh~ stress. Mana taknya, sebab dulu kan papan kekunci. Senang nak tekan. Kali ni di telefon pintar nak kena tap tap tap dia punya arah tuju tu. Memang kekok 80%. 


Nampak sangat berubahnya zaman ni. Permainan lama, nak dinaiktaraf ke dalam telefon pintar memang seronok, membawa memori. Aien main dengan bebudak. Dorang pulak seronok dengar bunyi yang menarik dan warna yang nampak colourful serta ular yang sibuk dok kejar makanan tu. Ibunya aja terkial-kial nak bagi ular tu panjang. 



Keliru dengan arah tuju dia. Nampak macam makanan tu dekat, tapi sebenarnya kau salah row. Haha Kena pusing. Kat tepi tu, dinding. Kena tak telus, terus mati. Aiguuu~ 



Terkial-kial Aien cakap wei. Adooo.. Pening kepala den. Terus anak-anak cakap, Ibu kenapa mati? Mana ada Ibu mati nak oi. Ular ni yang mati. Nayla sampai nak main sendiri. Dia main, tak sampai sesaat. Terus kalah. 3D tu buatkan kita yang dah beso ni konfius. Korang mesti trigger kan nak main sama kan? Ha, pergi la layan 3D Super Snake  jom la kita lumba ular siapa paling panjang. 


Jangan cakap Aien sorang je kekok ke? Haha Selain dari permainan ni, di laman web tu banyak sediakan permainan baru setiap minggu. Ada game Mario, ada macam-macam la. Aien dah cuba beberapa game yang pernah Aien main dulu, memang asyik. Hilang stress Ibu! 


Tak buleh hadapan selalu, nanti tak jadi kerja. Sementara anak-anak tido ni, Aien nak sambung lah main game ular yang tak sudah ni. Nah, tengok la gaya noob mak-mak main. Haha 



Dalam banyak-banyak game, Aien paling suka game arcade. Kadang game strategi. Tapi tu kena main berjemaah dengan adik beradik. Kalau tak, tak jadi strategi Aien. Haha 


K la. Nak sambung. Bai! Jangan lupa singgah tau di plays.org untuk main permainan kegemaran korang. 

22 ulasan

  1. alamakkk stress ni klu main asyik mati je hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahu tak apa. Nak hilang stress makin bertambah stress. Budak3 la sibuk gelakkan ibu dorang ni

      Padam
  2. game lejen ni! haha
    seronok main..

    BalasPadam
  3. Niceee.. Haha.. tapi Nona ada lagi hp nokia leh campak campak tu.. guna untuk org call kat tempat kerja.. saja asingkan.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesti boring-boring main game dalam tu kan? haha

      Padam
  4. wow dah ada versi 3D rupanya. hahaha dulu masa kecik2 guna phone mak ayah utk main game ular ni xD

    BalasPadam
  5. Main game ni kadang ralit. Lepas tu stress sendiri. haha..
    Tak pernah lagi main game ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tau tak apa.. buang stress buang masa. haha

      Padam
  6. Itula main game juga dulu, yang simple dari handphone ericsson

    BalasPadam
    Balasan
    1. kita geng! paling favorite sony ericsson sebab suka sound dengan mp3 dia. Haha

      Padam
  7. betul tu..main sampai ralek tau2 dah berjam jam mainnya huhuuu~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini betul-betul buang stress gamaknyaa.

      Padam
  8. Mengamit kenangan betul ni. Naib game ni sampai give up lah tak mati2. ularnya dah panjang hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha dulu syiok.. Simpan dlu kalo tak nak main.

      Padam
  9. Memang syok main game ular. Lagi satu kalau tak de internet atau putus internet ada game yang lompat lompat tu..

    BalasPadam
  10. Game legend ni...dengan bola oren yang boink boink tu, hahaha..tu bila dh upgrade phone ada kaler sikit la.

    Btw, lawaaaa gilerrr template blog awak! love it

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la. banyak game lejen yang mengamit memori.


      hehe Alien Oren yang buatkan.

      Padam
  11. Jenuh main dulu.. kikiki.. sampai tak boleh bergerak dah ularnya.. seronok..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤