KOREA DRAMA: Nevertheless (2021)

Isnin, Ogos 23, 2021

 



Tajuk: Nevertheless 

Genre: Romance, Drama, Based on Webtoon, 

No of Episod: 10 

Cast: Song Kang, Han So Hee, Chae Jong Hyeop, Yang Hye Ji, Lee Ho Jung 

Sinopsis: Seorang lelaki tidak percayakan akan namanya perhubungan tetapi sering bersuka ria dan seorang wanita yang inginkan perhubungan tetapi tidak juga percayakan cinta. 


SPOILER ALERT!!


Masih dalam mood Song Kang ya teman-teman. Walaupun begitu, drama ini sangat perlahan dan perlu diawasi bawah umur. 


Baca juga: Love Alarm Season 2 lakonan Song Kang


Drama yang berdasarkan webtoon a.k.a manga atas talian, Nevertheless mendapat tempat dalam Top 10 series tontonan warganetflix. Mengisahkan tentang Park Jae Eon, si kacak yang sering flirting sana sini bahkan rumor tersebar di University mereka dia seorang yang tidak pernah berhubungan. Kalau tengok channel kat Korea Selatan tu dari channel JTBC. Amat jarang sekali ya gais Aien ni nak tengok drama dari channel tu. Tapi sekarang ni channel apapun tak kisah sebab tetap juga tonton atas talian. haha 


Berbalik pada drama kita, Yu Na Bi, pelajar senior jurusan seni halus yang baru berpisah dengan teman lelakinya kerana terkejut dirinya menjadi muse kepada hasil karya tidak senonoh lelaki itu. Merasa jijik dijadikan sebegitu dia akhirnya tunjuk belangnya. 


Serius Han So Hee ni memang lawa, dia juga ada berlakon dalam The World of Married yang viral tahun lalu sebagai watak penggoda jugak kot. Haha Jangan marah. Aien belom tengok lagi sebab dorang kat emo kaum wanita kalo tengok drama tu. So, demi untuk tidak mendatangkan stress pada diri sendiri, Aien memilih untuk tidak meletakkan drama tu dalam must watch Aien. Mianhe~ 


Satu hari ketika mereka ditakdirkan berjumpa, Na Bi ni jatuh cinta pandangan pertama kiranya dengan Jae Eon ni apatah lagi melihat tatu rama-rama di belakang tengkuk lelaki ini. Awwww~ Dia ingat dia takkan pernah berjumpa lelaki itu lagi, rupa-rupanya Jae Eon merupakan junior di university-nya dalam jurusan yang berbeza. Lagi mengejutkan rakan baiknya, Oh Bit Na mengatakan Jae Eon tu la junior yang ingin sangat bertemu dengan Na Bi. 


Maka bermula la episod kisah mereka yang friend for benefit. Sehingga satu ketika, Na Bi merasakan bahawa Jae Eon cuma memperkotak-katikkan dirinya saja lalu memutuskan hubungan mereka yang tiada hubungan itu. Macam.... 


Tapi bagi Jae Eon, Na Bi berbeza dengan semua perempuan yang dikenalinya termasuk Seol A yang merupakan bekas kekasihnya. Pada mulanya Jae Eon cuma ada Seol A sorang yang dia sentiasa keep in touch walau berapa ramai skandalnya. Eh.. skandal pulak. Pahtu, bila dia ditinggalkan oleh Na Bi, Jae Eon mula berubah sedikit demi sedikit dan mula bersifat terbuka pada Na Bi. 


Korang juga konfius pulak baca Na Bi ni. Hehe Na Bi dalam Bahasa Korea bermaksud rama-rama dan Jae Eon amat gemar dengan rama-rama. Kadang bila tengok ni macam Jae Eon tak leh lepaskan Na Bi sebab Na Bi itu rama-rama? 


Punya Aien menahan diri dari menonton drama ni, sebab dia satu episod sahaja setiap minggu. Hujung Ogos baru habis. Adoo~ cepat la habis. Nak baca webtoon dia kena pakai coin jugak. Kita tunggu saja laa. 


Okay dah habis semalam drama ni dan penghujungnya mengharap supaya ada siri kedua selepas ini. Betapa dalam drama ni jugak menyebut, orang yang kita selesa bersama dan orang yang kita cintai amat berbeza. Bonus la kalau dapat orang yang kita selesa bersama dan mencintai kita. 


Park Jae Eon akhirnya membawa diri setelah Na Bi mengatakan dia menyesal mengenali lelaki itu. Sedih bertambah apabila karya yang diusahakan oleh mereka berdua termasuk seorang lagi pembantu hancur akibat kipas siling. Memang menangis terus Yu Na Bi di studio. Dah la hati tengah rawan, sebab masa dia kata nyesal dengan Jae Eon tu, dia bukan ingat kata-kata sinis lelaki itu, tapi renungannya. 


Plot twist dia win jugak rupa-rupanya dalam Park Jae Eon yang playboy tu, dia dah lama suka dengan Yu Na Bi. -ni je la boleh kata. SPOILER HABIS. 

Aiguu~ Sudah la. PD nim... season two please!! Kalau ikutkan webtoon dia macam panjang lagi rasanya. 


Korang berminat nak tonton boleh tengok di Netflix. Boleh move on la drama best semua dah habis. 😌 Tunggu next drama Xu Kai entah bila dia keluar tak tau. 

7 ulasan

  1. dok lalu lalang cerita ni kat netflix tapi tak tertengok lagi..nantilah tunggu betul-betul free

    BalasPadam
    Balasan
    1. Episod dia tak banyak. Boleh layan bila2. hee

      Padam
  2. Selalu nampak kat netflix, muka hero dgn heroine mcm sama nampak comel pulak hahaha

    BalasPadam
  3. ok skip baca sebab mok nanggar juak hahahaha..10 episod jak owh, baguss..cepat habis..hahahah

    BalasPadam
  4. Saya baca je sinopsis. Bila tengok netflix teurs mcm nanti lah bila dah ada account kiki. bukan apa kalau langgan rugi saya bukan tengok pun.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤