Chinese Drama: You're My Glory

Ahad, Ogos 08, 2021

 


Tajuk: You're My Glory 

Genre: Romance, Life, Youth, Comedy? 

Bil. Episod / Durasi: 32 / 35 minit

Barisan Pelakon: Yang Yang, Dilraba Dilmurat, Gan Yu Ming, Hu Ke 

Sinopsis: A story that follows an aerospace engineer Yu Tu and the shining star, Qiao Jing Jing. A decision to start gaming in order to save her endorsement deal brings her face to face with an old crush  As they grow closer, the two forge ahead to become each other glory. Being a well-known celebrity, Qiao Jing Jing has to keep up appearances to maintain her multi-faceted image. Alas, one starts to crack when someone leaks a video of her playing an online game and being terrible at it which is completely inconsistent with the image she has created for herself as the game's ambassador. Thus, she joins a gaming competition to prove her skills and to prevent herself from losing her endorsements. 

Qiao Jing Jing decide s to use all of her free time towards improving her game and her decision leads her to reconnect with her old high school classmate, Yu Tu, whom she once had a crush on.  He was a legend at their school, outstanding in everything that he does. While Qiao Jing Jing was just your average girl. Yu Tu has gone on to become an aerospace engineer who is also an expert gamer. it seems that the online game has brought them together once more so she asks him to become her gaming coach. 

~~ Adapted from the web novel 'You are my glory' by Gu Man. 

SPOILER ALERT! 


 Pada mulanya tak nak tengok sampai drama ni habis ditayangkan kelak, tapi bila asyik tertengok dia makin mendapat nombor 1 drama trending di aplikasi WeTV. Jadi kita pun tertengok la sama setakat hari Khamis lalu, baru episod 18 dan jika korang menjadi VIP di aplikasi tersebut, boleh tonton 6 episod terawal.  


Sebenarnya Aien nak buat sinopsis tu dalam bahasa, tapi macam risau kalau mengubah jalan cerita sebenarnya. Maka moh ler kita tulis berdasarkan apa yang kita faham. 


Drama ini di antara drama yang ditunggu-tunggu oleh para peminat Chinese Drama sekaliannya kerana peneraju watak utama drama ini, Yang Yang dan juga Dilraba Dilmurat serta jalan cerita yang menarik jugak. Tak boleh jugak kalau pelakon best, jalan cerita tak best. Memang amek masa lama la jugak nak tengok. 


Yang Yang tak pernah mengecewakan kalau berlakon watak sebagai seorang pemain profesional. Kalau korang pernah tengok drama dia sebelum ni, Love 020 dan juga The King's Avatar dia memang menghayati watak dia sehingga kita pun waaaa~ macam dia pulak real pro gamer gitu..


Berbalik pada drama kita, You're My Glory mengisahkan tenyang Yu Tu, Jurutera Angkasa lepas dan juga seorang bintang terkenal, Qiao Jing Jing yang merupakan kawan lama di sekolah menengah dan bertemu semula kerana sebuah game. Jing Jing seorang yang merupakan duta kepada sebuah game , Honor of Kings ternampak akan gaya permainan si Yu Tu yang memang merupakan seorang gamer di sebalik tugas hakikinya. Terus meminta lelaki itu mengajarinya skill permainan tanpa segan silu sekaligus untuk menjadi asbab dia kembali rapat dengan lelaki yang pernah sekali menolak confessionnya. 


Memang menjadi watak si Jing Jing dibawa oleh Dilraba ni. Pelakon yang memang terkenal dengan wajah yang cantik dan unik  sering membawa watak sebagai seorang yang agak nakal dan suka bermain seperti dalam drama The Eternal Love: Dream yang Aien selalu juga tengok berulang kali walaupun episod dia banyak. Sedih kot drama tu. Kira one of my favorite chinese drama la.  Banyak aje drama lakonan si Dilraba Dilmurat ni cumanya yang itu saja serasi pada mata dan jiwa Aien untuk tengok. Sebabnya juga chemistry dia bersama dengan pelakon lain macam tak ada spark sangat jika nak dibandingkan pelakon lelaki Eternal Love tu. 


Drama ni mula nampak momentum dia apabila Yu Tu sudi  mengajari Jing Jing untuk mahir menguasai skill Honor of Kings ni. Cumanya berbanding dengan drama E-sport yang Aien tengok, Go Go Squid, The Kings Avatar dan Falling with your Smile yang fokus kepada permainan menggunakan komputer, drama ini menggunakan telefon pintar walaupun di perlawanan. Macam halah, macam netizen main game di merata tempat saja. Atau lebih kurang main Mobile Legends la kot. 


Ketika Yu Tu mengajari Jing Jing akan kesemua 100 heroes yang ada, gadis itu cuma menggunakan 80 heroes saja kerana baginya yang selebih itu tidak menawan hatinya. Dasar wanita! Cari yang lawa dan bagus je. Haha 


Nasib baik la si Yu Tu ni memang bijak, disuruhnya jua Jing Jing cuba menggunakan kesemua kesatria yang ada untuk dapatkan keserasian semasa menggunakannya ternyata membuahkan hasil ketika perlawanan itu, pihak lawan telah mengharamkan semua kesatria yang Jing Jing serasi. Satu lagi yanh buat Aien ketawa part tu bila Yu Tu highlight-kan jugak bahawa si Jing Jing ni banyak sangat tanya soalan yang sama tentang arah tuju sesuatu. Adeh, amek sebijik si Yu Tu ngajar dia pahamkan maps Honor of Kings tu. Nasib juga Jing Jing ni cepat belajar dan senang faham. Dasar perempuan! Baca maps tak pandai. Macam Aien. Haha Jangan tanya land mark mana nak sampai ke rumah Aien. Kadang-kadang mana yang Aien selalu nampak orang tak pernah perasan. Haha 


Pada hari perlawanan Jing Jing berjaya buktikan pada semua netizen sama ada peminat dan haters dia bahawa dia memang lawak untuk menjadi duta aplikasi permainan tersebut. Kerana Yu Tu, segala usaha gigihnya sebagai seorang selebriti membuahkan hasil. Selesai perlawanan, Jing Jing bertanyakan sekali lagi pada Yu Tu soalan yang pernah ditanyakan ketika sekolah menengah dahulu.


Namun, sayang seribu kali sayang, Yu Tu tidak menyedari bahawa segenap ruang hatinya telah dikuasai oleh Jing Jing. Dia baru menyedari hakikat itu apabila Jing Jing langsung tidak membalas pesanannya dan membawa diri tanpa khabar. Dan kawan-kawan satu misi bersamanya di sebuah penempatan khas masing-masing bahagia dengan pasangan.


Adakah Yu Tu dan Jing Jing akan bersama? Berdasarkan teaser untuk episod seterusnya macam ye. Tak sabar betul nak tunggu sampai habis. Iolls punya tak sabar nak kongsi dengan korang tu yang menaip awal. Heee~


Kalau korang tak nak tengok ni dulu di aplikasi WeTV boleh je tengok lakonan Yang Yang The King's Avatar yang memang awesome tu. Kbai.

Sis is stress la tengok highlight yang tak reti nak pergi ni walaupun sejuta kali edit. Stress tau! Okay dah molek.. Haha







6 ulasan

  1. tengah layan drama ni & Falling Into Your Smile..

    dah tengok almost all drama China genre games & e-sport..hehe..yg best Love O2O, Gank Your Heart..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita Gank your heart je tak tengok. Tak tau la kenapa tertinggal. Haha

      Padam
  2. im waiting for this to finish airing. then baru nak tgk hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hujung bulan dia hbis. sabar sabar. Haha sis tak sabar.

      Padam
  3. Uishh 32 episod ya haha. tapi duration lebih kurng 30 minit okay juga nak layan kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pendek je. kira lebih kurang 16/18 episod x.

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤