BAYI BARU LAHIR: ONE SUIT ROMPER ATAU BASIC SHIRT DAN PANTS

Rabu, Ogos 04, 2021


 

Adoi~ peningnya kepala Ibu nak cari baju jenis mana ni. Sudah la rambang mata dengan banyak pilihan yang ada di pasaran. Sudahnya, rasa macam nak berbeli semua saja kan? 


Sabar Ibu, momy, bonda sekaliannya. Jangan terburu-buru nak buat keputusan untuk pemilihan baju bayi bakal lahir itu. Kita kena bijak memilih dalam musim pandemik ni kan. 


Sebenarnya entry ni nak tulis sebelum baby Nadhira keluar lagi, sudahnya biasa la mak buyong ni  penyakit mim alif lam sin dia besaaaaa amat! Jadi, tertangguh sampai la ke hari ni. Don't worry! Ibu masih sudi membantu para ibu di luar buat pilihan memandangkan niche yang menarik minat para pembaca ke blog ini adalah berkisar persediaan ibu pertama kali. 


One Suit VS Romper? 

Apa beza ni kedua ni Ibu? Pening la kepala nak fikir. One suit ni dalam bahasa melayu kita dipanggil ... apa hee? Jap google la sat. Haha Haaa, pakaian satu helai. Dari atas kepala sampai ke kaki. Kebiasaan baju one suit bayi ni untuk malam dan tak perlu pemakaian booties atau lebih dikenali sebagai stokin. Senang, sauk sekali ja. 

Manakala Romper pulak baju sehelai sekerat orang tua panggil sebab dia sampai celah kangkang ataupun paras peha. Kebiasaan orang putih nuu dorang pakaikan dengan seluar ketat atau lebih dikenali sebagai legging yang siap sarung kaki tu. Senang! 

Sebagai mother newbie la katakan, Aien juga keliru nak buat pilihan. Mana lagi bagus? Mana lagi murah lagi lagi kita ni tiada pengalaman. Yang paling banyak didengari serta dipesan oleh orang sekeliling adalah 

"Ko jangan beli banyak. Bayi ni cepat beso. Beli cukup-cukup jaa. Paling tidak ko beli saiz 3-6 bulan terus." 


Haa, tapi ibu baru mana la nak dengar. Lagi tengok baju kiut miut ni. Pakat rembat la selagi boleh selagi ada duit selagi nampak eh.. Macam tak cukup je lagi ni.  Padahal, pesanan orang berpengalaman sesungguh sangat benar ya kawan-kawan! 


Sudahnya, haaa tiga keturunan baju molek lagi ui. Tak sempat pakai budaknya dah gemok. Dah tambun. Dah beso. Dah gendut gitu. Mana la sendiri tak makan hati anak tak sempat pakai baju yang dibeli baju tu. Haha 


Makanya, belajar dari pengalaman orang. Buat pilihan berpada-pada. Seeloknya cukup saja 7 helai baju siang, 7 helai baju malam. Pusing situ saja la. Seminggu sekali basuh baju tu. Adapun buat lebihan kalau bayi terlajak muntah ke berak ke. Haa, tak ada mengagau cari kain batik pulak dibagikan pakai. 


Secari peribadi Aien suka one suit dan romper jugak dibandingkan dengan tshirt dan seluar biasa. Sebab? 

  • Tak perlu fikir stokin lagi nak pakaikan. 
  • Lagi jimat bila beli bundle

Menurut pengalaman Aien sendiri, anak pertama memang ibu akan excited.Lagi la masa tu sendiri kerja, Allah satu kedai gamaknya nak di bawak balik. Pesan orang tua kata beli berpada-pada pun masuk telinga kanan keluar telinga kiri aje dibuatnya. Sudahnya baju itu juga yang adik-adiknya pakai. Nasib dibeli warna natural. Warna yang unisex boleh pakai. Tapi kalo pink ke biru ke apa kisah. Dok rumah 45 hari kot. 


Masa tu, Aien suka berbeli di seller bundle di facebook. Lagi masa 2018 berjinak dengan jenama luar negara seperti BONDS. Memang molek kainnya sejuk serta walaupun terpakai  jumpa yang molek sikit memang sampai sekarang masih elok kejadiannya. Padan la jika yang seperti baru harganya masih dikira macam high class gitu. Memang berbaloi! 


Tapi, perlu diingatkan, seluar dan baju biasa bayi baru lahir itu sangat sesuai digunakan ketika di dewan bersalin. Sebab bayi baru lahir akan diberikan baju saja dan pampers dan terus dibalut dengan kain bedung sebelum naik ke wad. Jadi, penggunaan one suit sangat tidak sesuai kerana menyukarkan kerja para misi untuk menyarungkan pada si kecil. Ibu harus ambil berat perkara ini ya..


Selesai pulang ke rumah nak guna one suit tu baru boleh sebab sendiri yang menguruskannya. Untuk pemeriksaan jaundice atau lebih dikenali penyakit kuning, romper sangat memudahkan. Lagi-lagi musim panas sekarang ni, pemakaian romper dan dalam kain bedung memadai untuk mengelakkan bayi ruam dan sebagainya. 


Harus diingatkan juga, apabila bayi terlalu terdedah pemakaiannya, orang tua kita sering mengatakan bahawa akan kembung sebab masuk angin. Jadi demi untuk menjaga hati mereka, pakaikan la seluar legging ataupun stokin/ booties pada si kecil ataupun bedung la selalu. Jangan lupa untuk try and error pemakaian seperti mana yang diterima oleh si bayi. 


Macam Aien, anak-anak perempuan tiada masalah penggunaan romper pada siang hari sebab mereka jarang kembung kecuali sejuk sangat. Kalau lelaki, yee. Romper bukan bestfriend mereka. Jika hendak gunakan romper, harus disarung bersama seluar sekali. 


Jadi kawan-kawan pembaca, kdadang-kadang kita dah jadi mak moden ni sukar nak terima kata orang tua, terlalu banyak pantang larang. Tapi, selalunya pantang larang itu yang banyak membantu kita untuk menjaga diri. Mereka bercakap dari pengalaman tak salah untuk kita dengar. 


Kesimpulan, Ibu sangat okay dengan one suit dan romper tu. Manakala Encik Husband pulak selalu bising sebab katanya susah nak tukar pampers. Well, gitu la dia. Lagi lidah boleh tergigit. Manakan nak beza laki dan bini. Ye dak.. 


ps: sekarang banyak pilihan romper kat shopee. tapi leceh pulak difikirkan seksi sangat kat anak. Haha




14 ulasan

  1. Balasan
    1. kAn? Ibu is okay. asalkan baby berbaju. Haha

      Padam
  2. romper best tapi kalau dia bocor kena tukar satu set. kalau baju dan pant boleh tukar mana yg kotor aje ctoh baby muntah tukar baju, baby cocor tukar seluar aje

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah kan.. Lagi satu baju basic dia nipis dan cepat kering sesuai dengan suasana kita di malaysia. :)

      Padam
  3. Kan cute kan baju baby niiii. Kalau lalu bahagian baby mesti belek2. Mula lah nak belikan untuk anak saudara lah anak member lah 😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha kan? geram je tengokkan. Mana la tak ada rasa nak bawak balik satu kedai. :p

      Padam
  4. Bbay cepat je membesar kan...
    mana2 pun ok hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? tapi ibu is boring balik2 tengok baju sama.. :)

      Padam
  5. hahahaha bagus jugak update penyesalan ni. Jadi panduan untuk yang bujang kalau nak bagi hadiah dekat kawan nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha Penyesalan yang tak terkira dan rindu la lepas ni kalau tak ada baby lagi. :)

      Padam
  6. suka romper sebab senang. cuma leceh sikit bila baby poo poo. @ pie. kena tukar satu set hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.. Haha Musim panas pakai romper without seluar je. Mak mentua kata suka sangat biar budak berlengging. Haha

      Padam
  7. Timm masih dgr nasihat lagi, bju xbeli byk takut mmbazir, tgk2 hujung2 gini ada pulk bgi present, nasib baik xbeli byk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha Alhamdulillah dengar kta. Kami ni jenis syiok sendiri. Haha nadib xda siapa bagi hadiah. :')

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤