THAILAND DRAMA: Praomook (2021)

Khamis, Julai 08, 2021

 


Tajuk: Praomook

Genre: Romance, Drama 

No of Episod: 15 

Cast: Pon Nawastch, Bua Nalinthip, Krating Khunnarong, Mint Ranchrawee, Meen Nichakoon


Sinopsis: Praomook bekerja di sebuah kelab malam sebagai seorang DJ demi melunaskan hutang bapanya. Kerana salah faham, Praomook tidak berada dalam hubungan yang baik dengan Chalanthorn, yang menyangka dirinya seorang gadis jahat. Suatu hari ibu bapa Chalanthorn meminta Praomook untuk mengahwini anak mereka demi menghindari bad luck seperti mereka remaja dahulu. Chalanthorn sanggup berlakon menjadi seorang yang gay demi untuk menghindari Praomook namun gadis itu tidak mempercayainya. 


MY REVIEW


awwww, meydai naa kaap..  Sempat jugak semalam menghabiskan drama ni sementara melayan sakit yang datang pergi. Lagi berbaki satu episode je pun. 

Berada di ranking no 1 aplikasi VIU tertarik untuk menonton drama Thai ni setelah sekian lama tak tengok. Bukan apa. Drama Thai ni dia gitu laa, pusing² pelakon yang sama. Bukan tak berlaku di Malaysia mahupun Korea tapi kadang kurang berjaya menarik minat Ibu ni nak tengok kan. Iolls tak tau uolls. Ini dari sudut pandangan Ibu. 

Baik la, berdasarkan sinopsis Praomook ni dan pelakon dia agak hensem dan tak pernah tonton drama lakonan kedua actor dan actress yang telah phn mengikat tali perkahwinan based on khabar di Youtube, makanya pasti la berjaya menarik minat Ibu. Sebab Ibu buat review kan? 

Praomook, sukakan Lan dari kecik lagi sejak mereka disatukan oleh keluarga atas alasan untuk buang nasib buruk Lan. Akan tetapi, Lan ni tak la berkenan dengan Mook sebab dia ugly duckling. 

Masa kali pertama setelah dewasa, mereka bertemu kembali di tanah Korea dan masa tu Mook dah lawa dan menjadi seorang DJ terkenal la jugak di sana. Lan cuba la nak ngorat DJ Prao yang sudah tidak dikenalinya. 

Plot cliche, apabila Lan cuba dicederakan di tanah Korea dan yang jadi penyelamatnya namun disangka buruk oleh lelaki itu apabila dia mengetahui DJ Prao adalah Ugly Duckling Mook dia dulu. 

Bermula drama mereka berdua bertarik tali antara love hate relationship. Mook ingat dia kuat nak balas dendam pada Lan yang telah menghancurkan hati wanitanya, lalu membuat perjanjian dengan Encik Lim, ayah Lan dengan mempertaruhkan harga dirinya dengan nilai sebuah rumah yang dipajak oleh bapa Praomook demi menyelamatkan syarikat mereka. 

Asal kejadian begitu la, tapi tak ada pulak cerita panjang pasal syarikat bapa Mook namun atas bantuan Encik Lim, Mook dapat selamat rumah tinggalan bapanya. 

Dengan kontrak satu tahun perkahwinan Lan dan Mook demi wang untuk bayar rumah keluarganya, Mook menahan diri walaupun dia sering saja di cemuh oleh Lan. 

Biasa la konflik dalam drama Thai, banyak sangat watak tapi nasib baik semua hensem. Sehingga the end of drama perjalanan cerita mereka berkisarkan love hate relationship Lan dan Mook, misi mencari siapa yang cuba nak bunuh Lan. 

Dalam 15 episode dengan durasi 1jam berapa minit ntah rasa macam meleret la jugak sebab tiap episode dia macam haa, sama saja la. Dialog gitu jugak. Nasib ko hensem dan lawa. Haha  

Berapa kali kaunter si pembunuh masih belom bertemu pembayang dia walaupun telah dibagi hint sama ada orang terdetik Lan ataupun seseorang yang cuba untuk sabotaj dia. 

Lak, kakak Lan memang berharap agar Encik Lim (ayah mereka) nampak akan usahanya dalam menjaga syarikat itu, namun bagi Encik Lim tidak sama sekali untuk mengangkat menantunya sebagai pewaris kekal. 

Mulanya memang dah saspek abang ipar dia, tapi plot twist tak sangka dia sebenarnya bertopengkan serigala yang memang nak kemewahan keluarga Lak demi kepentingan diri dia sendiri. Dan dia berkahwin dengan Lak bukan atas dasar cinta pun sebenarnya. Lak je yang tertipu. Aiguuu~ 

Kesian dengan watak Lak ni. Nasib la kau dapat laki segitu. Walaupun Lak tak suka Lan dinaik jawatan sebagai pewaris syarikat  tapi tak la sampai nak bunuh si adik tu. Cumanya dia tak sangka yang suaminya juga sanggup bertindak demikian. 


Dan penghujung drama semestinya a happy ending for both of them. The end-

10 ulasan

  1. penat tengok drama ni, slow giler pastu tak habis repeat benda yg sama. stress melayan..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib ku layan sebab both pelakon dia hensem. Haha

      Padam
  2. ada juga baca review tiara untuk drama ni... macam x menarik je, lagi-lagi dh habis tapi siapa yg nak bunuh Lan pun tak tahu siapa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha Dia best la jugak kalo tak mau yang heavy plot punya drama dan uolls just nak cuci mata. 😂 Abang ipar dia yang cuba nak bunuh dia. Haha

      Padam
  3. Viu ni banyak jugak eh drama best. Tengok hero dia handsome kemain tapi tak kenal pulak siapa sebab jarang tengok drama thai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. boleh tahan jugak VIU ni. Main tengok aje.. sebab cuci mata di saat akhir perjuangan. Ahaha

      Padam
  4. menarik boleh tgk juga nnti..
    tq review aienie :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh kak. Tengok buang boring dan cuci mata

      Padam
  5. Jalan cerit yang menarik juga ni .lama tak tonton cerita thai

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤