Kematian itu pasti

Selasa, Julai 27, 2021

 



Melihatkan pada angka jangkitan positif Covid-19 semakin hari semakin membuatkan diri terfikir sejenak. Termenung dan terus memikirkan nasib sendiri. Apakah aku bersedia bila tiba masanya? 


Hari ini saja, aku melihat teman seperjuangan disahkan positive Covid-19. Aku juga mendengar perkhabaran teman lama telah kembali ke rahmatullah akibat pandemik ini. Ada juga berita mereka yang kehilangan orang tersayang kerana Covid-19.  Jika aku berada di tempat mereka itu, bagaimanakah aku? 


Aku melihat mereka meratap. Kehilangan. Penuh dengan rasa kerinduan akibat tidak dapat melihat buat kali terakhir. Aku juga cuba untuk tidak melihat akan cerita mereka bukan kerana sombong. Bukan kerana aku yakin masaku belom tiba. Tapi kerana aku belom bersedia untuk semua itu. Bunyi macam mereka semua itu bersedia saja kan? 


Aku tunduk malu lagi. Temanku kehilangan ayahnya. Jatuh sakit semenjak ramadhan yang lalu. Kini, telah sebulan kehilangan. Aku membayangkan diriku. Yang kejauhan. Kehilangan juga. Allah~ bukan untuk tidak bersangka baik dengan Allah. Cuba untuk meletakkan diri di tempat yang sama. Adakah aku juga akan seperti mereka? Walaupun hakikatnya aku ini bukan anak yang baik. 


Hari demi hari bunyi berita kematian itu semakin hampir di telinga. Semakin mendekat dengan orang yang aku kenal. Bagaimana jika berita itu tentang diriku? Adakah mereka juga seperti aku yang hanya mampu mengucapkan "Dari Allah kita datang, kepadaNya jua kita kembali. Al-fatihah" 


Aku menatap gambar ayah mertuaku yang tak pernah kutemui. Meninggal akibat jatuh sakit pada 12 tahun lalu. Ayah, baik-baik saja di sana? Maafkan Nur tak pernah kirim apa-apa dengan ayah. 


20 hari lalu, ketika bertarung nyawa untuk melahirkan seorang lagi manusia kecil, aku sempat berfikir. Andai aku pergi, adakah suamiku akan sedih? Bagaimana anak-anakku?  Kebarangkalian aku berfikir begitu kerana terlalu mengharap akan sebuah kematian Husnul Khotimah. Aku seperti manusia lain, mendambakan penghujung yang baik. Moga kita semua dipertemukan kematian yang indah. Meninggalkan mereka semua dengan kenangan yang baik-baik saja. 


Sehingga hari ini aku sering membayangkan diriku tumpah darah dan akhirnya pergi meninggalkan semua yang kusayang. Saban hari aku takut untuk tidur kerana bimbang esoknya tiada untukku. Namun, jagaku itu juga tidak juga memberi kebaikan. Apa yang aku lakukan? 


Allah.... 


Wajah semua yang ku sayang, ku tatap dengan penuh kerinduan. Allah, andai esok tiada untukku, kau jaga mereka dalam rahmatMu. Kau pelihara mereka sepertimana Kau pelihara diriku dahulu. Moga mereka tidak bersedih atas ketiadaanku. 


Covid-19 is real. Stay safe semua. Jaga diri jaga keluarga. Moga kita semua dipelihara olehnya. Jika pemergian mereka tanpa kita ketahui, berusaha untuk melakukan kebaikan semoga kita tidak menyesal esok hari. 


ps: Pasal semalam  (Jumaat) tengok Ayahanda, sedih sangat mak dia mati. Limah tinggalkan mak dia dalam keadaan marah. Aziz menyesal sebab mak dia cari dia. Dan ayahnya terluka kaki kerananya. Dan mereka adik beradik masih meratap betapa Ibu mereka pergi indah tanpa kata. Minggu ni minggu akhir . 


Aku rindu keluargaku. Rindu adik beradikku. Rindu air tangan umiku. Allah, Kau pelihara mereka sehingga kami bertemu hidup, semoga kami ada rezeki untuk menyambut aidilfitri 1443 bersama. 😭😭




1 ulasan

  1. Allahu. semoga kita semua dipanjangkan umur dalam iman dan islam dan dimatikan juga dalam iman dan islam. sungguh takut dengan situasi covid sekarang T_T

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤