Taiwan Web Series: Triad Princess

Ahad, Jun 20, 2021

 


Tajuk: Triad Princess (2019)

Genre: Comedy, Romance, Action

No of Episode:

Cast: Jasper Liu, Eugene Liu, Chang Tsai Hsing, Hsin Tien, Tsao Yu Ning, 

Sinopsis: Membesar di sebalik bayang bapanya seorang ketua gangster, Angie inginkan kebebasan dalam kehidupannya sendiri. Menidakkan hasrat bapanya, Angie lari daripada rumah dan menerima tawaran sebagai bodyguard seorang pelakon terkenal. Dari situ dia harus belajar dunia yang asing. Termasuk mengenali apa itu erti glamor dan cinta. 


REVIEW RINGKAS


Jumpa drama ni selepas jalan-jalan di Netflix. Keboringan nak tengok apa  kita layan la drama yang sikit je episode dia. Ditayangkan pada 2019 , mengisahkan tentang Angie yang terlalu dikongkong oleh bapaknya, seorang ketua gangster. 

Dek kerana inginkan kerjasama dan pakej keselamatan dari kumpulan gangster daripada Hong Kong, bapak Angie mengharapkan anaknya ingin menikah dengan anak kawannya itu. Tapi, tidak bagi Angie. 

Bukan itu dia mahukan. Dia mahukan kebebasan memilih termasuk dalam memilih cinta hatinya sendiri. 

Angie seorang yang bijak itu meminati seorang pelakon dan juga penyanyi yang bernama  Xu Yi Hang. Dek kerana obses dengan Yi Hang , apa saja aktiviti lelaki itu lakukan termasuk la patung kegemarannya  iaitu gajah diikuti oleh Angie. 


Satu hari, pengurus syarikat Yi Hang, Sophie datang menemui bapak Angie dan mengharapkan bantuan dari ketua gangster itu untuk menjaga salah seorang pelakonnya yang sering diugut. Tapi, ditolak mentah2 kerana Sophie mengharapkan Angie untuk membantunya. 

Oleh kerana tawaran menarik ini, Angie mengambil langkah untuk terima tawaran itu dan lari daripada rumah. 

Hakikat sebenarnya Angie tu nak menyelam sambil minum air sebab pelakon yang dia kena jaga tu kononnya teman wanita tayangan Yi Hang. Jadi, secara tak langsung dia boleh rapat dengan Yi Hang. 

Tiba masanya ayah dia tahu, ntah macamana pulak dia tinggalkan Yi Hang padahal dorang dah couple dah masa tu, demi kebaikan Yi Hang. Haa, sebab Angie kena 'bash' dengan fans Yi Hang. Dan ayah Angie suruh fikir banyak kali untuk teruskan hubungan tu.

Alih-alih the end of drama Angie tetap bertunang dengan anak kawan bapak dia tu dan yang sebenarnya dia adalah musuh dalam selimut sebab bersekongkol dengan lelaki pelakon yang dijaga olrh Angie tu. 

Jadi, conclusionnya semua fans dok tanya Triad Princess ni ada siri kedua ke, masih belom terjawab lagi. Ke Aien tak tau. Haha Sebab cerita dia, boleh laaaaaaaaaaa.. Buat tengok musim tak leh keluar rumah. Padahal ade je drama lain. Okbai. 





10 ulasan

  1. i suka hero dia tapi tak berjaya lagi nak tengok drama ni..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha Tu la. Terjebak sebab kenal Hero dia je.

      Padam
  2. hahahaha sempattt....saya dah lamak tak tengok netflix....binge watch series...aiguuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha Series belom tiba masanya lagik.. Layan mana yang pendek dlok laa

      Padam
  3. rancangan kat tv pn xsempat tgk..PKP Penuh ni shida meniaga..pagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allah, tak apa sis. Moga dipermudahkan semuanyaaa. :)

      Padam
  4. Macam menarik je nih!! Tapi Netflix xda la plak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ajum tengok di dramanice.com atau kissasian. perhaps ada. :)

      Padam
  5. hahah tgk time takleh kuar rumah.. boleh la kan

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤