Drama China: Maiden Holmes (2020)

Khamis, Januari 14, 2021

 


Tajuk: Maiden Holmes / Shao Nu Da Ren 
No of Episode: 32 
Genre:  Misteri, Historical,  Romance, Comedy 
Cast: 

Sinopsis: It is the sixth century CE and the Qi Kingdom, in what is now Eastern China, is a land at war.

The young teenage prince Xiao Yan Zhi, a prodigal young military talent, is sent to ward off a force of invaders. Although he makes a valiant effort, his army is ultimately ambushed and defeated in a decisive battle. An opportunist foe at the imperial court takes advantage of the situation, forcing Pei Yan Zhi to step down as head of the army – and manages to get a young subservient candidate to take the throne.

Pei Yan Zhi feels he was betrayed. He vows to get to the bottom of the intrigue and goes undercover to investigate, pretending to be a commoner to help him work undetected. On his quest for the truth, he meets a remarkably smart and resourceful young female detective named Su Ci. Together, they form a close bond. They team up with two other quick-witted young sleuths and make a joint bid to discover the scale of the scheming that has undermined the Imperial Palace.

(Source: Viki)


SPOILER ALERT! 


Su Ci, sesuci debu, eh.. Mengarut apa kau ni.. Jumpa di aplikasi WeTV. Macam best sebab hero hensem, tipikal reason why I looking random drama  dan teruskan menonton.

Mengisahkan seorang wanita menyamar menjadi lelaki untuk menyiasat perihal keluarganya dibunuh. Su Ci, menyamar menjadi detektif untuk terus dekat dengam dokumen yang tinggi simpanannya. Tidak dinafikan bahawa beliau merupakan seorang detektif yang sangat peka dan cekap dalam menyiasat sesuatu kes. 

Sehingga Su Ci bertemu dengan Pei Zhao, dalam sebuah kes korban pemujaan di sebuah bandar. Bersama Pei Zhao pembantunya serta bertemu mereka dengan seorang lelaki yang baik hati turut menyiasat sama kes tersebut. Mereka berjaya menyelamatkan 'puteri' yang bakal menjadi korban kepada Dewa Hujan ke apa ntah. Rupa-rupanya 'puteri' itu telah selamat dan digantikan dengan seorang tabib perempuan. Tabib? yela sebab dia tahu hal racun. Kot laa. tak tahu nak panggil apa. 

Bermula la perjalanan mereka berlima menyelesaikan satu demi satu kes. Brother Pei ni dapat tahu bahawa yang Su Ci ni adalah perempuan tapi dia diamkan aje sebab nak tengok sejauh mana permainan Su Ci sehingga dia sendiri jatuh cinta pada Su Ci . 

Sebenarnya Su Ci ini ingin menyiasat kenapa kaumnya dibunuh tanpa sebarang bukti kukuh atas tuduh meracuni Raja. 

Brother Pei pulak merupakan Putera Qi yang menyamar sebagai orang biasa juga untuk menyiasat di sebalik kes yang sama serta kejadian cubaan pembunuhan dirinya di peperangan Hong. 

Dalam mereka cuba jejak satu demi satu bukti yang cuba disorokkan oleh pihak musuh, Brother Pei hairan kenapa pihak musuh sentiasa tahu akan langkah mereka. Rupa-rupanya lelaki yang baik hati atau dikenali sebagai Brother Xieming tu merupakan anak angkat kepada Prince Yun, a.k.a pak cik Brother Pei a.k.a orang yanh sabotaj Raja lama dahulu dan cuba membunuh dan menuduh Prince Qi yang tak puas hati dengan kerajaan. Padahal Prince Yun tu yang cuba mengambil alih takhta sejak dari kematian abangnya. 

Dan dari kejahatan Prince Yun itu lah menyebabkan kaum Bai tukang pembuat kain diraja dituduh dan menyebabkan mereka satu kaum dibunuh kecuali Su Ci atau Bai Yi An yang berjaya menyelamatkan dirinya. 

Penghujung cerita dia habis begitu je la. Prince Yun berjaya dikalahkan dan dia dibunuh oleh anak angkatnya sendiri dek kerana sifat tamaknya. Prince Qi dan Bai Yi An hidup aman damai berdua disamping Bai Yi An terus menjadi Detektif Su Ci dan mengajar para bawahannya. 

Tunggu next drama daripada Zhang Ling He ni. Heheh cuba tengok dia berlakon dalam cerita moden, Sparkle Love macam... okay la. Nanti baca review k. 


Next! 


9 ulasan

  1. cita cita yg woman power ni ,wajib tgk!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, tak la over romance sangat. Haha oh btw legend of Fei best sangat!

      Padam
  2. Banyak episod ni. Banyak plot dia. Sekali dah tengok kena habiskan sampai habis. banyak juga drama china best kat wetv tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeee. nak tengok tekejar-kejar. Haha tengok la mana mampu.

      Padam
  3. selalu bah kedak tok, cerita2 lamak, pompuan menyamar jadi laki..padahal kita mun nanggar dari awal pun da tauk ya pompuan..ekekekke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya laaa. tapi pelakon tok nang selalu berlakon jadi laki. padahal mukanya cute alu jak.. heran

      Padam
  4. panjang juga ye episod dia sampai 32

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤