DRAMA SERIES: Emily In Paris Season 1

Khamis, Oktober 15, 2020

 


Tajuk: Emily in Paris 

Genre: Fashion, Romance, Comedy 

No of Episode: 10 

Cast: Lily Collin, Lucas Bravo, Ashley Park, Philippine Lorey Beaulieu, Camille Razat

Sinopsis: Chicago Marketing Executive, Emily Cooper is hired to provide American perspective at a marketing firm in Paris. 


Disclaimer: Image from telegram group and all info from google. 


SPOILER ALERT! 


One of binge must watch drama from netflix of 2020. As a fan of Lily Collins of course you must waiting for this drama. Eh, speaking pulak dah! Haha Maaf kan saya. 

Okay, sebagai seorang peminat tak tegar pelakon Lily Collins ini semestinya drama ini menjadi drama wajib tonton di Netflix, salab satu medium hiburan korang kan. 

Drama ini mengisahkan seorang pengurus pemasaran di Chicago Emily Cooper yang dihantar bertugas di Paris secara mengejut apabila atasannya hamil. Tanpa sebarang bantuan perhubungan, si Emily ni pergi dengan penuh keterujaan. Siapa tak suka kota Paris, kota cinta itu kan? Bahkan dia merancang untuk mengajak teman lelakinya liburan a.k.a bercuti ke sana nanti. 

Setiba di Paris, semuanya indah khabar dari rupa apabila seluruh ahli di syarikat pemasaran itu tidak menerimanya dengan baik dek kerana dirinya tidak berbahasa mereka. Namun, itu bukan alasan untuk Emily mengaku kalah. Seorang diri di kota asing membuatkan Emily tidak sabar menunggu kedatangan teman lelakinya. 

Berjumpa dengan seorang asian yang menjadi pengasuh di taman, akhirnya mereka menjadi sahabat karib. Emily seorang optimis. Sentiasa tersenyum dan positif dalam apa jua yang dilakukan. Jenis seorang yang bijak dan cepat bereaksi. Bahkan sebaik saja tiba di Paris, dia sering memuatnaik gambar di Instagram di bawah nama @emilyinparis. Sejak itu, bilangan pengikut semakin bertambah dan menjadi tarikan kepada jenama besar. 

Trend sekarang kan mencari influencer untuk mempromosikan barang mereka, bahkan Emily dijemput untuk menjadi pemasaran sebuah produk kesukaan dengan erti kata lain menyelam sambil minum air. 

Bos atas Emily, Slyvia sangat tidak menyukai gadis itu kerana merasakan gadis itu cuba untuk membawa perubahan baru di syarikatnya. Tak hairan juga drama America mesti ada termasuk bab selingkuh curang dan sebagainya. 

Emily boleh dikatakan old fashion people apabila mengetahui Slyvia menjadi orang ketiga dalam perkahwinan salah seorang pelanggan terbesar mereka. Ado,, pening kepala mak. 

Dalam masa yang sama, Emily tak ketinggalan mengikut kelas bahasa France untuk menajamkan skil bahasanya. Atas nasihat kliennya, tanpa teman lelaki skil bahasanya takkan dapat diasah. 

Saat teman lelakinya harus tiba di kota Paris, Emily mengetahui bahasa lelaki itu tidak mahu berjumpa dengannya. Bahkan minta putus. Auch, selepas itu baru Emily menjadi merpati sebebasnya. Ha Ha Ha 

kelu jap review drama ni. Tapi best. Sebab semangat Emily dalam ni harus kita pupuk. Jenis tak gentar walaupun tiada siapa yang dia kenali di kota asing. Kalau kita, alah, tak ada kawan. Malas la kan. Haha 

Aien is tak sabar tunggu season kedua just because nak tahu dia boleh kekal tak di situ. Kerana ada satu ketika dia hampir dipecat oleh Slyvia kerana salah faham antara pelanggan besar syarikat tersebut. Slyvia ni macam old skool punya pemikiran la dalam bab pemasaran. Paling tak boleh blah sekali ada ke patut nak buat iklan pewangi, ... errr... haha speechless. Kalau benaran di luar ini buat iklan macan tu, memang kena banned la di banyak negara. 

Kota paris, kota cinta kota bebas melakukan apa saja. Tak pernah pulak Aien berangan nak ke sana kerana minda pemikiran mereka terlalu terbuka. Takut jadinya. Apatah lagi bila ada beberapa perkara dorang highlight dalam drama ni tentang ---- banned ---- banned ----- 

senang cerita jangan tonton bersama anak-anak. Drama ini bukan family type. ini PG13. But extremely tak recommended untuk tonton di kaca tv besar. Kan sekarang ni banyak smart tv. Kalau nak tengok, tontonan laki bini udah ler. Haha

Dari segi percintaan pulak, Emily ini menjadi tarikan para lelaki. Bahkan setiba di kota Paris saja dia di ngorat oleh tukang hantar dia ke rumah. Tapi, kurus la Lily Collins dalam ni. Kemudiannya, dek kerana salah faham tentang perkiraan tingkat rumah, sering saja Emily mengetuk rumah jirannya yang selalu difikirkan rumahnya. Hot guy who cook is most handsome guy in the world. 

Tukang masak di sebuah restoran berdekatan dengan rumahnya, Gabriel mencuri pandangan Emily. Hampir saja dia ingin membalas renungan lelaki itu, namun sejak mengenali wanita yang baik hati bernama Camille yang membantunya secara tidak langsung ketika membeli bunga, dan mengetahui bahawa Camille itu adalah teman wanita Gabriel. Emily pasrah. Langsung menyembunyikan perasaannya. 

Sehingga saat Gabriel menolak tawaran keluarga Camille untuk membantukan membeli restoran tempat dia bekerja itu dan menjadikan hak miliknya, pasangan itu berentakan dan menyebabkan Gabriel mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman dan Camille kekal di kota Paris. 

Kesudahan untuk Season satu ini, adalah Gabriel tak jadi pulang ke kampung.Yeay! Dia berjaya memiliki restoran itu, tapi bukan atas bantuan Camille. Yes! 

Haa, cepat la season two ni... 

11 ulasan

  1. Jalan cerita dia best.
    Apa jd dengan boyfriend so Emily?
    Dia curang eh?
    Hiks. Tapi Emily ni lagi best single, meet boleh lebih success, semangat dia tu memang hebat.

    BalasPadam
  2. Sis pun dah kqatam nengok cite ni...teruja nengok semua gambar-gambar di Paris, terus rasa macam nak pi Paris aje nanti hahahaha...

    BalasPadam
  3. best mrs.pip. Aah macamnya curang. Tak ada highlight sangat. Iya, betul tu. tapi dia ada suka dengan jiran bawah rumah dia :)

    BalasPadam
  4. Ala netflix pulak. kalau movie boleh layan lagi ni. Drama kita surrender dulu. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. drama dia 10 episode jur. baru season one la tapi. Haha

      Padam
  5. skippppp tak baca review ni sbb nak tgk sendiri cerita ni hehehe

    BalasPadam
  6. aaah menariknya... btw I setuju dengn 'Hot guy who cooks is the most handsome in the world' ahhaha

    BalasPadam
  7. Bwahahaah Sep sikit. Mesti tgk hot guy who cook punya reality show dlu kan?

    BalasPadam
  8. citer gini memang kena tengok tanpa anak-anak.. bahaya..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤