Chinese Drama: Midsummer is Full in Love (2020)

Sabtu, Oktober 17, 2020


 

Tajuk: Midsummer is Full in Love , Full House Remake 

Genre: Comedy, Romance, Drama

Episode: 24 

Cast: Yang Chou Yue, Timmy Xu, Kira Shi, Leo Li, 

Sinopsis: Luo Tian Ran is a fiercely independent and strong-minded young woman with a high sense of self-worth and dreams of making a splash in the music industry as a songwriter.

However, due to some ill-fated interventions from a pair of her friends, she ends up having to move out of her house.
Fate intervenes, and her path crosses with a pop superstar named Jin Ze Yi, who comes across as something of a spoiled brat. Despite his cold exterior, he is actually secretly childlike and needy. The duo is forced to live in the same house on a temporary basis. At first, it seems they will never see eye-to-eye, as their personalities are so very different. However, over time, Luo Tian Ran gradually falls for Jin Ze Yi’s charms – and the feeling becomes mutual.
Could love bloom between this decidedly odd couple? (Source: Viki)
~~ Adapted from the manhwa "Full House" written by Soo Yon Won.


MY REVIEW:

 

Lama dah drama ni dok dalam playlist minta ditengokkan. Memandangkan kita blur dah tak ada ideas nak tengok cerita apa, moh ler tengok balik apa yang tersenarai dalam playlist tu.

Drama inj merupakan adaptasi drama Korea "FULL HOUSE" lakonan Rain Bi dan juga Song Hye Kyo masa muda dulu. Heee~ Sebelum ada Descendants of The Sun, ini la drama Korea yang menjadi pujaan ramai masa tu.

Based dia masih sama, timeline drama dia juga masih sama. Rumah dalam Midsummer ni lawa jugak kot, klasik gitu. I like sangat.



View rumah mereka di waktu malam. Jika korang pernah tonton drama Full House mesti ingat jalan cerita dia macamana. Kalo lupa, meh la Aien recap sikit. Ceritanya bermula apabila Lou Tiaran mendapat tahu bahawa rumahnya dijual oleh kawannya dan dibeli oleh artis superstar bernama Jin Ze Yi.

Bila dia tahu, Tianran gigih pertahankan rumah pusaka ayahnya itu. Kerana itu lah satu-satu peninggalan dari ayahnya. Jika dalam majoriti remake drama ni, mereka mengekalkan watak wanita itu polos begitu juga drama ini. Cuma Tianran ini minat dari segi muzik berbanding dengan versi Korea yang dia merupakan penulis novel.

Chinese remake ini tiada tekankan extremely Tianran dibuli oleh Ze Yi, bahkan dengan mudahnya Ze Yi jatuh cinta pada gadis itu. Setakat yang Aien dah tonton baik Korea ataupun Thailand version, lagi comel tengok scene pelakon lelaki tu buli pelakon perempuan buat housework Haha


Suasana keliling rumah mereka di waktu malam. Lawa gilos~ I is suka suasana dia. dengan tingkap besar, dengan keberadaan rumah itu di tepi laut. O M G, macam rumah idaman gitu..


View rumah dari jauh. Kalau rumah versi Korea agak comel berbanding dengan rumah ini. Macam homey rasa yang Korea punya. Yang ni agak besar sedikit walaupun rumahnya cuma punya dua bilik. Ada swimming pool kot kat bumbung atas. Memang masuk list rumah idaman kot.


View dari bilik Tianran. Woah,, syioknyaaa.. tapi seram ni memalam. Haha


Ini bukan review drama duhai adinda ini review rumah dia saja. Haha Korang baca tak sampai bawah ni? Tahniah la Aien ucapkan. Nak cerita ja, Aien tengok drama ni sebab nak tengok rumah dia yang unik ni. Sebab boleh dikatakan flow drama dia a bit boring jugak jika dibandingkan dengan remake yang lain. Oh, antara negara yang telah pun mengadaptasi "FULL HOUSE" yang paling best Aien rasa adalah Thailand. Lakonan Mike Angelo dan Aom Sushar.

kredit Image: google


Yang Filipina punya tak pernah tengok, tapi bila tengok info dia mydramalist dramanya mempunyai paling banyak episode iaitu 65. Woah~ jenuh nak habiskan tu. Haha

Bila dah sambil-sambil tengok info tentang koleksi drama Full House ni kan, rupa-rupanya Midsummer ni merupakan adaptasi kedua untuk drama ni dari negara China. Okay, nanti nak tengok yang tu pulak. Tapi ada 35 episode la pulak. Hurm..

Ada satu Taiwan version, tapi macam tak ada kena mengena ja juga termasuk dalam list Adaptasi drama Full House ni, yang bertajuk "Smiling Pasta". Aien macam pernah tengok, macam belum. Tak berapa nak ingat sangat. Terlalu banyak sangat drama yang ditonton sejak terjebak dalam dunia drama sampai idup sendiri pun jadi drama. Eh,

That's all for this review. Aien tengok ni di aplikasi WeTV .

12 ulasan

  1. patutlah rasa familiar je dengan sinopsis tu.. remake Full House rupanya... drama yang buat I tertarik dengan drama korea hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye betul. Juga my first Korea drama. Gigih tengok curi-curi dengan kawan2 kat asrama. Haha

      Padam
  2. Cantiknya rumah tepi laut tu. Best ni drama comedy roamnce.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah.. dapat sebiji kat kita. uiiii.. Bahagia..

      Padam
  3. Full house tu feveret kot.. Tapi kalau diadaptasi dan diubah banyak sangat jadi tak seronok pula nak menonton..
    Rumah tu memang cantik..

    BalasPadam
  4. yg thailand tu dah pernah tengok dulu, best juga. drama turki yg tengah tayang kat tv2 tu pun remake full house juga tapi malas nak tengok panjang sangat.

    yg chinese dah tengok sikit first episode, saya pun macam aien tengok pun sebab nak tengok hero dan heroin lepas tu nak tengok rumah dia je..hahaha

    BalasPadam
  5. saya tengah tengok You Are My Hero chinese drama. tapi jalan cerita lebih kurang kdrama Descendant of the sun. hehehe. nice citer ni nanti boleh tgok

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤