29 bulan, Nayla Insyirah dah pandai bercerita

Isnin, Oktober 26, 2020

 

29 bulan, Nayla Insyirah dah pandai bercerita | Bahagia hati Ibu bila anak seorang ini sudah boleh karang cerita dia. 29 bulan, also known as 2 years 5 month. 

Plan nak buat schedule entry ritu sebab dia punya tarikh lahir jatuh 22 hari bulan, tapi Ibu terlambat sikit nak buat rumusan untuk awak sayang. 

Asyik update tentang adik je, mana entah pergi hilangnya awak. Kesian anak ibu. Bukan tak sayang, cuma Ibu baru sedar Ibu kurang kosa kata dengan awak yang baru nak belajar susun ayat. Ibu ayah awak dah la dua-dua pendiam. Susah nau nak mula bicara. Kalau mula, susah pulak nak berhenti. Lagi-lagi hati tengah happy. 

Kakak Nayla, 2 tahun lebih dah yek anak Ibu sorang ni. Boleh dah disuruh kalau datang mood rajin mahu juga dia buat. Cuma rajinnya dia melakukan kerja yang tak disuruh. Adoo, usah dibawa bincang rajin dia. Akal cerdik dan mula meneroka satu demi satu kegiatan luar kotak safety zone Ibu . 

Pagi bangun dah tanya, bu, cak pe? (Ibu, masak apa?) Haa, yela. Ibu masak campak-campak je nak. Tak tau la nak masak apa. Oooo.. Jawab dia. Ha ha Paham ke tu? 

Yang seronoknya dengar dia kalau bercerita  jenuh juga nak memahamkan ayat dia tu. Sebab masih merangkak menyusun semuanya. dengan pelat 'S' dengan.

Habis - jadi bin. 
Bas - Ban
Susu - cucu
Burung - wong
Kapal terbang - Pan ban. 

dan banyak lagi la. Jenuh pulak korang kena bukak kamus bahasa nanti nak faham. Yang penting, Encik Laki berkerut dahi nak memahamkan cerita Nayla tentang burung merpati. Adoo, anak la anak. Macam semalam. Aien baru nak makan. Dihulurnya bola. Dengan berkata, "bu, co la... coo laa ane.. " sis konpiden menjawab. "Bis ko nak ibu buat apa kalo bola bocor. Nayla diam. Haha Pun mula bawak diri ke depan semula. Kak, Aien panggil. "Ko nak suruh Ibu basuh bola ke? ke ko nak cakap ngan ibu bola tu bocor?" diulang ayat tadi, dengan menunjuk ke arah sinki. Hahaha Aien ketawa. "Okay,basuh. Basuh. S. s. Basuh. Basoh. ibu ingat bocor. " kata Aien sambil mengajar ( marah je lebih nampak) lalu basuh bola tu. Adooo.. Nenek dia pun ingat dia cakap bocor. Ha Ha masing-masing la. Ibu ni ... nanti dia cakap. Kalau kita tak faham. Haha Disuruh ulang elok-elok bagi kita faham. Suruh siap pakej tunjuk lagi supaya senang nak difahamkan. Allah. Anak aku dah masuk fasa ni. 

Pejam celik je kan. Masih terasa semalam baru lahirkan adik dia. Dia pulak pandai bawak diri. Allah... Ada hikmahnya Allah simpan adik dorang. Suruh fokus dulu dengan dua ketul ni. Jangan stress, jangan asyik nak darah tinggi aje. 

Buat Nayla yang semakin petah berkata-kata, jom la jadi kakak yang boleh bantu ibu. Ibu syukur sangat Ibu dapat awak walhal pada mulanya Ibu harap lelaki. But, now I know why Alah given you to me. So that, I remember girl is easy to listen more than boys. Nayla Insyirah- pemberian yang istimewa. Hadiah yang ibu tunggu dan moga Ibu diberi kekuatan untuk terus jaga amanah Allah ini. Allah bagi bila tepat pada masanya, juga Allah berhak amek bila-bila ikut kehendak-Nya. Cuma Ibu harap Ibu ada seumur hidup awak, melihat awak membesar. Jika tidak, Ibu doakan awak membesar dengan sehat, jadi anak solehah, jaga ayah dan adik. Sayang semua. Ingat keluarga sebelah ibu ya. Walaupun mereka jarang jumpa awak. awak kena ingat mereka juga. 

PS: Jangan asyik sebut dan tunjuk kapal terbang lalu, awak buat hati ibu luluh sayang. Ada rezeki kita balik sana yaa.. 


7 ulasan

  1. sama namanya dengan nama anak kawan kamek..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya kah? Hahaha Habis laaa.. sama nama glemer. :)

      Padam
  2. penat melayan anak kecil yang petah ni.. lagi-lagi bila pelat hahah memang garu kepala nak tafsir apa yang dia cuba sampaikan

    BalasPadam
    Balasan
    1. iyeee.. jenuh nak hadam apakah yang cuba kau sampaikan duhai anak. Tu la agaknya permulaan kita boleh jadi bengang orang tak faham apa kita cakap. Haha

      Padam
  3. aaa happy belated birthday baby girl :)

    BalasPadam
  4. Happy belated birthday buat Nayla.. semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.. Aamiin..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤