KDrama: Was Is Love (2020)

Selasa, September 08, 2020

 


Tajuk: Was is Love, We were in love? 

Genre: Family, Romance, Drama 

Episod: 16 

Cast: Song Ji Hyo, Son Ho Jun, Song Jong Ho, Koo Ja Sung, Kim Min Jun, Kim Da Som

Sinopsis: No Ae-Jung (Song Ji-Hyo) is a single mother and works as a producer for a movie company. She has not had a boyfriend in the past 14 years, but 4 men appear in front of her. Oh Dae-O (Son Ho-Jun) is a mysterious best-selling novel writer. Ryu Jin (Song Jong-Ho) is a popular actor. Koo Pa-Do (Kim Min-Jun) was once a gangster, but he is now the CEO of Nine Capital financial company. Oh Yeon-Woo (Koo Ja-Sung) is a PE teacher at a school.


Source : Asian Wiki


SPOILER ALERT!!


Back to Korea drama. Been awhile tak tengok kan. Macam tu la kita. Boring ke China, Balik Korea jap. Boring Korea, pegi la Japan sekejap. Ha Ha Benar seronok travel macam ni. Merupakan drama Korea keempat la aku tengok untuk tahun ni. 

Yup, genre aku tengok ni like family motherhood gitu la kan. Lagi satu tertarik dengan Song Ji Hyo. Lama dah tak tengok dia berlakon. Padahal tahun lepas ada je drama dia dengan Pak Cik tu. Tapi, sinopsis ini menarik perhatian la jugak. 

Noh Ae Jong, seperti  di bahagian sinopsis, seorang ibu tunggal membesarkan anaknya Noh Ha Nee disamping ibu tercinta. As we know, being a single mother is not easy. Lagi la Ae Jong ni give up zaman U dia, and sacrifice dia punya dream. Tapi sikit pun dia tak menyesal adanya Ha Nee ni. 

Ceritanya bermula bila CEO Thumb Film, tempat Noh Ae Jong bekerja menjadikan Ae Jong sebagai penama hutang yang dipinjamnya. Koo Pi Dan, CEO Nine Capital (Ah Long la kan) datang nak tuntut hutang, tapi terkejut melihat wajah Ae Jong sebiji macam ex majikan a.k.a lover dia dulu. 

Sementara itu, anaknya Ae Jong, iaitu Ha Nee satu sekolah dengan anaknya Koo Pi Dan ni. Dijadikan cerita pulak cikgu PE sekolah Ha Nee tu, bekas junior Ae Jong dulu yang ada crushed kat dia. 

Ntah macamana pulak la kan, tetiba Koo Pi Dan merancang nak jadi investor dalam movie yang dikeluarkan oleh Ae Jong dengan syarat Ae Jong amek Eok Nam sebagai penulis skrip dan Ryu Jin sebagai pelakon utama. 

Jenuh la Ae Jong nak dapatkan Eok Nam melalui editor dia. Tak dapat-dapat. Bila dah dapat, rupanya Cheon Eok Nam tu, adalah bekas teman lelaki Ae Jong. Adooo.  bermula episode serabut Ae Jong. Lagi la bila dia nak dapatkan Ryu Jin yang juga merupakan bekas senior dia dulu. 

Empat lelaki ni masing-masing berputar di sekeliling Ae Jong la kan. Teringat pulak cerita A Gentleman Dignity. Haha Berbalik cerita. Ae Jong dia punya sakit hati dengan Eok Nam a.k.a Oh Dae O ni sebab pada Ae Jong, Dae O curang dengan dia. Pada Dae O pulak, Ae Jong mungkir janji tinggalkan dia sendiri. Rupa-rupanya salah faham antara mereka berdua di gunapakai oleh Ryu Jin yang juga suka pada Ae Jong sebelum Dae O lagi. Tapi, dia tak mampu datangkan keberanian nak luahkan sampai dah 14 tahun berpisah. 

Nasib untung mereka jumpa 14 tahun kemudian semua ni. Antara Ae Jong dengan Dae O, Ryu Jin dan juga Yeon Woo. 

Ha Nee pulak dalam diam dia cuba merungkai siapakah bapa dia sebenarnya. Pada mulanya dia ingatkan Ryu Jin, dek kerana dia terjumpa pesanan ringkas mak dia dulu. Kemudian, terjumpa buku assignment mak dia dengan Yeon Woo pulak. Tapi, Ha Nee merasakan tak mungkin Yeon Woo tu bapa dia dengan sikap bertanggungjawabnya Yeon Woo. sehingga gigih dia duduk serumah dengan Ae Jobg sekeluarga, padahal dia anak orang kaya kot. Nak menang hati Ae Jong la tadi kan. 

Koo Pi Dan ni macam sampingan je la. Penambah rencah untuk menjaga si Ae Jong ni. Episode 11  terungkai semuanya, tanda tanya Dae O kenapa Ae Jong tinggalkan dia, siapa bapa sebenar Ha Nee dan  episod 13 pulak baru terjawab siapa sebenarnya Koo Pi Dan ni. 

Gitcheeww.. over all, okay saja drama ni. Boleh buat amek pengajaran. Dalam perhubungan pentingnya komunikasi. Jangan ada salah faham. Makin besar salah faham tu, makin mustahil kita nak putuskan sekiranya kita tak luahkan. Bagusnya watak Ha Nee dalam ni, walau apa pun berlaku dia tak salahkan mak dia. Positif je selalu.

Kesudahannya Ae Jong dapat cinta hati dia semula, mencapai setiap satu impiannya di samping keluarga tersayang serta penjaga sekalian. Eh, jika dilihat macam banyak je drama Korea yang mengisahkan empat lelaki kan? Jom listkan mana yang dah tengok sekejap. 


-boys over flower

-a gentleman dignity

- Cinderella Knight 

Haa,tadi macam banyak sangat dalam kepala ni. dah disenaraikan hilang semua pulak. Dah la. Bai! 

14 ulasan

  1. kisah cinta tiga segi pun dah serabut ni kan pula sampai 4 kumbang datang serang hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha tapi best watak Ae Jong dalam ni as Wonder Woman. I like. ^__^

      Padam
  2. samalah kita. kejap ke korea kejap ke china pastu singgah kat thailand pula..haha

    BalasPadam
  3. omg thankss for sharing ! okay sy nak tengok lepas ni :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. U r welcome. ^^ boleh layan Ae Jong survive strike 3 lelaki. Haha

      Padam
  4. Nak tengok sebab song ji hyo tapi asyik tak tertengok je.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib terjumpa kak Sha. Macam best sinopsis dia terus download. Haha

      Padam
  5. Bukan Was it Love? ka namanya? Ka kamek salah ingat hahahha..kamek da habis khatam cita tok beberapa hari lepas...hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aok Was Is Love, literally lain tajuknya We were in love.. Ae Jong ngan Dae O alu xdpt nak lupa satu dengan yang lain. ^^

      Padam
  6. Dah lama tak tengok Song Ji Hyo berlakon, best juga jalan ceritanya... positivity, keep believing dan tidak menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku... samalah kita Aienienka, boring di Korea, terbang ke Jepun, boring di Jepun, terbang ke China, last 3 months, saya tak boleh move on lepas tengok My Girlfriend Is An Alien... hehehehe... ni saya baru marathon Dinner Mate... belum habis lagi... ;)

    BalasPadam
  7. Macam nak tengok je sebab ada Ji Hyo :)

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤