Hello, August!

Isnin, Ogos 03, 2020



Hello, August! | Assalamualaikum dan salam sejahtera serta salam Aidiladha dari Aien. Wah, senyap blog ye. Sakan beraya ke tu? Al-maklum la kampung tiada line, dan aku juga lupa a.k.a tiada kesempatan nak buat siap-siap entry dek kerana kesibukan menguruskan kisah misscarrige aku yang baru seminggu berlalu. 


Pejam celik juga, kita telah pun berada di bulan ke 8 daripada 12 bulan. Eh, lagi 4 bulan tahun 2020 akan pergi? Sungguh tak berasa kan.  Perintah kawalan Pergerakan yang orang dok merungut pun telah berlalu sehingga Perintahan Kawalan Pergerakan Pemulihan. Namun, kes saban hari ada pasang surut. Risau hati tengokkannya. Bermula 1 Ogos lalu juga, kita diperintahkan untuk kembali memakai pelitup muka secara tegas oleh Kerajaan. Makanya juga, sekira tiada kewajipan untuk berada di luar. Kita disarankan untuk duduk diam-diam di rumah sahaja. Mari la kita berdoa agar covid-19 segera beredar dari muka bumi ini. Supaya kita boleh hidup dengan keadaan biasa. Buat masa ni, jangan lupa jaga jarak. Elakkan 3C. Dan jaga kebersihan diri. 


Eh, bebel pulak apa ni? 


Itu je la aku nak pesan. Moga August bakal membawa berita gembira buat kita. Jika diikutkan PKPP bakal tamat hujung bulan ini. Namun, dilihat pada turun naik kes saban hari kita pun tak boleh nak jangka apa dan bagaimana tindakan Kerajaan untuk sesi seterusnya.. 


Buat mereka yang baru kembali dari luar negara, kuarintin la diri anda. Jauhi la tempat awam. Jika anda rasa diri bergejala, segera la telefon no yang sepatutnya. Tak perlu la ke hospital mahupun klinik untuk menambah risiko pada orang lain. 


Dan untuk diri aku, be better mum k. Emosi jaga. Diri pun jaga. ^^





8 ulasan

  1. pejam celik dah bulan 8.. trasa 2020 ni pantas berlalu..
    pape pun semoga ceria2 selalu =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? pantas tahun lalu, pantas lagi tahun ni. ^^

      Padam
  2. haritu ramai yang keluar sebab nak bantu pulihkan ekonomi tapi jadi macam ni pula. Sebab geng tag pink yang degil, habis orang lain terkena tempias. Selfish!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, tau la balik rindukan malaysia, tapi musim begini mohon la jangan selfish. Kita dah hampir clear dah kot..

      Padam
  3. Adoi.. nak berjalan pun payah sekarang ini..
    Bila ada yang selfish, orang lain yang terkena tempiasnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.. Seram je kalau-kalau yang sebelah kita ni pembawa. eehhhhh

      Padam
  4. Lagi 4 bulan dah nak masuk 2021.cepatnya berlalu. bulan august yang agak mencabar juga. berdebar hari hari menunggu berita covid-19 :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan. takut je kalau-kalau mengejut naik mendadak. Erghhhh

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤