Setahun sudah hikayat Izz Najmi

Ahad, Julai 19, 2020

Sungguh tak terasa, setahun sudah berlalu anakku ini. Walaupun begitu, masih terasa lagi kesakitan menahan contraction seharian yang sepatutnya hari kelahirannya. Sehingga kini semua orang terdekat ingat dia lahir 17/7 padahal 18/7/19.

Kisah ayahnya merempit tika ibu menahan serasa mahu meneran dirimu saja, Pengalaman Second born. Berpantang bersama dengan mok de kau dua minggu. Macam mimpi pulak. Selang 13 hari lagi, birthday Furqan Hilman pulak. 

Ini dia sepupu selang 13 hari. Besar masing-masing lebih kurang. Tapi, sekarang boleh nampak sudah kecenderungan peribadi masing-masing. Si Izz lebih kepada bermain sendiri, namun manjanya usah dibawa bincang. Pandai mengambil hati orang tua. Jika nak dibandingkan dengan Furqan Hilman, yang nampak lebih bijak berbuat sesuatu tanpa perlu diajar. Namun, sangat kuat mengusik. Ligatnya pantang pintu terbuka, pasti lolos ke luar. Fuh, masing-masing ya... 

Izz Najmi, Ibu coretkan setahun kelahiranmu di sini. Maafkan Ibu sering kali terlepas dalam mendidikmu. Namun, hadirkan dikau memberikan ibu sinar baru dalam kehidupan ibu. Ibu mohon pada Allah pelihara lah anak-anakku dalam iman, moga mereka menjadi anak soleh solehah, moga diri mereka sentiasa diberikan kesihatan dan perlindungan oleh Allah SWT. Moga kalian juga boleh membantu Ibu menjadi Ibu yang lebih baik. 😘 

Selamat ulang tahun yang pertama Izz Najmi. Bintang kekuatanku. Moga Allah merahmatimu dengan hidayah dan iman sehingga akhir hayatmu. 


5 ulasan

  1. sekejap sangat masa ni.. tup tup anak2 da besar hehe..
    semoga jadi anak soleh yaaa.. aset ibu ayah ke syurga =)

    BalasPadam
  2. Selamat hari lahir Izz Najmi. Semoga membesar dengan sihat ye.

    BalasPadam
  3. Happy belated birthday Izz Najmi.. Semoga terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.. Aamiin..

    BalasPadam
  4. happy belated birthday izz najmi...semoga menjadi anak yang soleh didunia dan akhirat Amiin...

    BalasPadam
  5. cepat masa berlalu kan.. nnti masuk ke 2 pula

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤