Chinese Drama: I Hear You (2019)

Selasa, Julai 07, 2020



Tajuk: I hear You (2019)
Genre: Musikal, Romance, Comedy
No of Episode: 24 (45 minit per)
Pelakon: Zhou Lu Si, Riley Wang 
Sinopsis: Bei Er Duo, seorang gadis dari jeluarga biasa yang mempunyai cita-cita untuk menyambung pelajaran ke Jepun untuk menjadu professional pelakon suara latar. Bagaimanapun berbeza dengan ibunya yang mahu dia berkahwin dengan orang kaya sementara dirinya masih muda, dengan sering menyuruhkan mengikuti temu buta. Demi untuk dapatkan dana menyambung cita-citanya, dia membantu kawan baiknya, Tang Li dengan mengikut rancangan pasangan realiti tv, dan dipasangkan dengan pembuat violin terkenal, Ye Shu Wei.  

Ye Shu Wei, daripada keluarga artistic dan sangat low profile, misteri dan genius dalam komposing dan dunia violin. Dia dipaksa mengikuti rancangan realiti tv setelah kalah pertaruhan dengan anak buahnya Yu Sheng. 


SPOILER ALERT


Dalam banyak-banyak drama yang disenaraikan serta ada yang sudah dimuatturun, yang ini jugak kau tengok. 

1. SEBAB Zhou Lu Si (Heroin dalam drama yang aku dah tengok) 

2. Sebab wow plot dia tak boring. 

3. Kereta hero, a.k.a Shu Wei dalam ni hebat sangat! Nak tampal sekali kat sini, loading lambat pulak. Haiyak! 

Daebak! Awesome sangat wei kereta dia. Pintu belakang tolak naik, auto sensor aku saspek kereta dia ni. Seem macam tak ada guna kunci. Shu Wei jalan je kat dia. Automatic pintu dah bukak dan lampu dah nyala. Wow, sangat! 


Okay, done menghargai kereta buatan China. Ha Ha Ha Berbalik kepada drama ini, 

Kisah Bei Er Duo, (aneh namanya) suka nak jadi dubbing aktress. alah, pengalih suara kartun yang biasa kita tengok tu. Haa, tapi untuk chinese version la kan. Tetiba dalam dia nak cukupkan dana dia nak sambung belajar ke Japan, kawan dia Tang Li, a.k.a Lizi terdesak cari sepasang lagi pasangan untuk realiti show dia. Dia pujuk si Er Duo ni, manakala boss dia, Yu Sheng pujuk si Shu Wei. 

First impression aku tengok Tang Li dengan Yu Sheng ni, hoping dorang sampai ke penghujung bersama. Tapi sedih. Hampa belaka. Kali pertama aku tengok cerita harap pasangan kedua bersama sebab dorang nampak sesuai sangat. 

Er Duo dan Shu Wei ni tadi, nama la kena paksa. Nampak la kaku walaupun Shu Wei cuba nak selamatkan mengatakan dorang dah la bercinta. Ha lah  sweetnya. 

Ping pang pung , Sudahnya krisis fans tak percaya, Er Duo dipaksa oleh Tang Li untuk pergi duduk bersama Shu Wei. Haa, masa ni dah nampak Shu Wei dah mula suka dengan Er Duo ni tadi. Dah la comel dengan ketinggian yang nampak ketara perbezaannya, Er Duo ni lambat pick up yang Shu Wei ni lama dah suka ngan dia. Yela, tamau buat andaian sendiri gitu. 

Tak best watak Zhang Yilu, konon kawan uNiversiti Er Duo ni suka membuat onar padahal Er Duo sedikit pun tak amek kisah apa yang Yi Lu ni buat  kat dia. Disebabkan ketidakpuashatian Yi Lu ni dapat kapel dengan Shu Wei, dan bila mana dia dapat tahu kompeni bapak dia yang taja rancangan realiti tu, dan tu jugak dia panggil ahli majlis tertinggi untuk singkirkan dorang dua ni tadi. Padahal dah episode akhir. 

Disebabkan flow drama ni ringan dan tak ada konflik sangat, boleh la habiskan dalam masa singkat ja. Ha Ha ha 

Korang boleh tengok drama ni di youtube dengan eng sub ya. 

Dan aku tak habis-habis dok usha kereta si Shu Wei ni.. Ya Tuhan, moden elegan sangat kereta dia. 







8 ulasan

  1. Balasan
    1. best. Sis tengok sehari je. Ha ha itu pun sambil2 masak, sambil2 uruskan anak. Haa

      Padam
  2. kamek tengah nanggar cita cina Victim's Game kat netflix, tapi lambat alu kamek mok ke next episode..konon2 mok cuba nanggar cita cina lah tek...hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tang cari cerita nok sik best, alu stuck. Haha Bah nok kamek review some okay la. sik tauk kenak selera kitak ka nisik. Haha

      Padam
  3. baru habis tengok drama ni. suka heroin dia comel giler dan kereta hero tu macam wow sgt..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis tengah marathon drama heroin dia. Haha kan? Awwwwww sangat tengok!

      Padam
  4. bila tengok macam ringan, terus cari dekat youtube.. hehehe..
    Okaylah masa pun tak lama, episod pun tak terlalu banyak.. TQ aien..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah, kita pun tengok kat youtube. Macam best terus tersangkut hila tengok kereta dia nice.

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤