May | Banyak yang dipendamkan

Ahad, Mei 31, 2020


Assalamualaikum, 

May, bulan umat Islam menunaikan rukun Islam yang ketiga, iaitu Puasa. Bulan yang mana aku cuba kekangan diriku untuk menulis apa jua benda lagha untuk dikongsi bersama. Dan menambahkan koleksi #cookingdiary aku di sini. 


Antara entry luahan yang aku hendak muatnaik ke laman blog, tapi.. ianya kekal di situ. Musim PKP, dengar saja iklan di Sinar.fm, tak semua orang bahagia bila disebut kawalan pergerakan dalam ertikata lain, kena berkurung. 

Once in these phase, I was drowned deep inside myself. Tak jumpa pintu keluar. Apatah lagi fasa yang mana telefonku mati. Ah~ itu cerita semalam. Kata hati, namun jemari masih mau menaip. Aku bermimpi, berangan, berimpikan sesuatu untuk kejayaan diri sendiri. Namun, aku masih di sini meratap taip langkah yang aku pilih. Soon, I'll regret this. I keep tellimg myself. Masih juga terkaku di situ. 

Oh, raya ni kau beraya? nampak gembira kan? Allah~ hati ini meronta nak berjalan balik ke Miri. berjumpa keluarga, berkumpul dengan adik beradik. Ya Tuhan, tahun lepas. Aku ada peluang untuk semua itu, tapi kerana aku kadang malas nak hadap drama yang sama saban tahun, aku memilih untuk tidak bertemu mereka. Kecuali pada majlis sambut menantu kakakku. 

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Walaupun dapat buat video call. Tapi takkan pernah sama dengan berjumpa empat mata. So, this month a bit devastated rasanya. I choose this word cause it's hurt me so much. 

seronok dapat buat biskut raya, seronok dapat belanja dorang tudung raya. jauh di lubuk hati rindu serindunya. 

-tulis guna template baru blogger ni macam best, tapi tak best. Hurm...Al-maklum la aku ni memang selalu update ikut tepon je. Malaih aku nak duduk menaip kat luar nu. 


Dah la nur, jangan sedih-sedih. Soon, pray these covid will go away. Nanti kita balik ye. Aku dok pujuk anak-anak yang nak sangat keluar. disebabkan sayangkan mereka aku tahankan dahulu. Tengok ada orang share yang wabak pernah melanda dunia pada tahun 1918 dahulu. sampai dua tahun kot. disebabkan degilnya nak duduk rumah tu. Haila~ 

Sabar ye. Sikit lagi,sikit lagi.. anggap la 2020 ni masa untuk kita duduk rumah je. Mengadap muka ayah kome tu. esok lusa dah habis, kita-kita je la tengok muka sorang-sorang. 

22 May | Nayla Insyirah turns 2. 

Ingat nak up entry in advance ritu sebab 22 tu dah balik kampung. sekali terlupa pulak. bila dah balik kampung  line pun.. macam .. faham je la.  Nanti 1hb baru dua pegi appointment 2 tahun dia. 

30 May | Happy birthday satu-satu adik lelaki Aien! 

Oh ya, dalam sedih-sedih pun ada gembira, which is Najmi dah pandai berjalan before raya hari tu. Eh, actually seminggu sebelum tu dia training ngan ayah dia berjalan. Alhamdulillah sekarang dah makin lancar. Berangan nak berlari pulak tu anak bujang. Nak kena hadap dia tumbuh gigi pulak. Bezanya dia dengan Nayla tu, macam cermin dengan belakang cermin tau. Heee~ Ibu kau ni sabar je la.

Sibuk ngekor ke hulu ke hilir dia bila Ibu gerak. Kalau Ibu dok diam-diam, main game ke, tengok drama ke.. Helok aje dia tu. Ada la jugak datang mengaco kejap-kejap. Tapi, cuba sikit Ibu bangun nak buat kerja, haaa mula pasang radio dia. Tahan aje le telinga ni dengar. 

Agak-agak, dari 9 Jun tu sambung lagi ke tak ek? 

5 ulasan

  1. semoga jun lebih indah dr mei~
    insyaAllah..

    rsnya PKPB sambung lg tp lebih byk kelonggaran diberi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah. Itu lah, nampak begitu la. Suasana pun dah kembali macam biasa walaupun ada kekangan social distance. ^^

      Padam
  2. wahhh kamek pernah polah entri kedak tok dolok, day after day, cerita hari2 yang sik sempat masuk blog dikumpul sekali ikut tarikhnya...haha

    mudah2an sik lamak gik semuanya akan berakhir...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya la, mula polah kedaknya. Sekali malas eh. bagus kubungkus semua di hujung bulan jak. Haha

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤