HARI KE-13 PKP: Ganti vacuum lama rosak

Isnin, Mac 30, 2020

Hi, Assalamualaikum |  Masa kena PKP ni la da nak rosak. Rosak bukan sebab apa, sebab ritu mengemas dengan anak-anak, emo terlebih, terkuat sikit tolak nozzle dia, lalu patah! Sedih berganda wei. So, conclusionnya jangan mengemas tika anda marah. Kalau sental bilik air pun boleh, tapi jangan pakai penyapu. Sental sekuat tenaga guna tangan. Haa~

Hampir dua minggu PKP ni la menyapu rumah kembali. Pergh~ baru nampak betapa banyaknya habuk dalam rumah ni. Huish. Itu la deme kata, dok rumah burung ni senang tangkap habuk. Kalau sapu, makin bertambah habuk. Sapu, mop pahtu lap dengan wet tissue boleh nampak lagi betapa kotornya. Padahal baru lepas mop.

Sejak menggunakan penyedut hampagas a.k.a  vacuum morgan hasil dari belian menang voucher dengan lazada, hujung tahun 2018 lalu. Lama juga pakai. Kalau tak patah masih boleh lagi pakai. Masa PKP ni, telefon center dia tak berangkat. Sedih den! Nasib cik Suami dah bagi green light beli la lain je. Terus la cari.


Bila compare harga vacuum Deerma DX1150 ni dengan Lazada mahupun seller shopee lain, ini lah paling murah. Bawah RM100. Suction pun kuat woo~ lagi kuat daripada morgan yang lama. Nanti kita tengok berapa lama dia tahan pulak. Hee~ 

Kebanyakan seller letak harga di antara RM100-RM150. Ada juga review. Seller ni masih tak ada review bimbang juga nak beli. Takut salah ke, scammer ke. But, sangka baik review kedai dia pun bagus. Cuma untuk produk vacuum ni tak ada siapa lagi. 

Purchase pada rabu lalu, baru sampai ni tadi. Again, sorry tak ada gambar review dia, still barang dia baik-baik je. Boleh guna untuk vacuum kereta sekali uolls. Sekotak yang agak kecil berbanding dengan Morgan lepas, dilengkapi vacuum itu sendiri dan tiga jenis nozzle yang berbeza. Iaitu untuk lantai, sudut yang tersembunyi dan juga untuk langsir. Wow! Senang kerja juga. Vacuum Deerma DX1150 ini juga didatangkan sekali dengan penapis HEPA yang mana bagus untuk tapis habuk ni. Harap lama dapat pakai dia ni. Ada rezeki lebih nak cari nozzle untuk morgan tu. Sayang kot, vacuum dia molek lagi. 

Dan, sekian cerita untuk musim #stayathome ni. Tunggu Pampers bebudak ni tak sampai. Geram je hati. Habis juga Aien bom seller. Ye la, silap sendiri tak tanya dulu sebab baca review semua kata fast shipping, padahal Aien order Khamis lepas, sehingga hari ni seller tak ship lagi. Alasan dia kalau guna office address dorang memang takkan hantar. Which is Aien guna home address kot. Apa lagi reason dia. Kalau rasa tak nak buat shipping masa PKP yang saban hari makin meningkat ni, baik close store je kan? Daripada dia siap bukak Shocking sale yang memang ditunggu oleh ramai orang yang mengambil peluang atas "Duduk rumah, shopee hantar" Kan? 

Dah la, geram jugak. Sudahnya dia kata dia cuba usaha untuk hantar daripada masa yang telah ditetapkan. Hok oloh~ Tak baik ngajak kutuk sesama. Kah! Bai!

10 ulasan

  1. Wahh best lah kak Aien dapat vacuum baru! ;) ;)

    BalasPadam
  2. Aloe kesiannya semoga cecepat DPT vacuum

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah dapat da Mama, pampers bebudak je tak dapat lagi.. ^^

      Padam
  3. Wah best nie kalau berbaloi dah mudah nak digunakan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah, tapi bila dicuba, bising sikit berbanding morgan... dan bebudak masih tak dapat adapt bunyi dia. Haha

      Padam
  4. saya setakat ni belum berani nak beli barang2 electric dari mana2 online shop. nak juga p physical store nak belek belek dlu hehe.. tapi bab2 benda lain makanan ke ok je order di shopee =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab tak dapat nak pergi belek la mampu beli online je siti. heheh

      Padam
  5. hari tu nak beli juga vakum. tapi rasa tak berbaloi beli online bila vakum lagi murah dari postage. haha. and, aien kita sama. klu rasa nak marah sental je toilet.

    BalasPadam
    Balasan
    1. vacuum apaan tu lagi murah dari postage? hehe

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤