HI, DUA PULUH DUA PULUH

Rabu, Januari 01, 2020

Hi, Dua Puluh Dua Puluh | Assalamualaikum

Alhamdulillah dipanjangkan umur setelah dua dekad. Tiada apa yang berubah, masih sama seperti sebelumnya cuma di hati memasang azam dan niat yang baru untuk berubah yang lebih baik serta mengharapkan rahmat dan kasih sayang Allah SWT buat hambaNya. Alhamdulillah juga kerna masih diberikan peluang untuk semuanya. 

Untuk blog pada tahun dua puluh dua puluh ini, berbagai rencana telah disusun, dengan harapan semuanya dapat dilaksanakan. Sejak bertukar wajah dan alamat, kurang sikit tetamu yang datang singgah, tapi tak mengapa. Kita harus terus menaip untuk kamu. 

Moga bahasanya terus dikekalkan semolek-molek bahasa, moga tiap kali menaip itu diberikan nikmat ideas yang tak terhingga dan mampu memberi inspirasi kepada yang lain. 

Oh, ada yang memberi ideas, kenapa tak mahu menjadi mommy blogger? Atau, menjadi orang yang membuat review? atau menjual sesuatu produk? Terima kasih atas cadangan, mungkin akan dipertimbangkan. Aien sendiri masih mencari rentak yang masih belum ketemu alunannya. Doakan ya. 

Januari, bulan pertama dalam setiap tahun. Tak ada apa yang berubah padanya, sentiasa cukup 31 hari, sentiasa dimulakan dengan 1 dan berakhir dengan 31. Bezanya nombor satu itu jatuh pada hari yang lain. Kemudian diikuti oleh nombor seterusnya. 

Pada Januari ini juga, semua orang bermula rentak hidup baru. Dengan anak-anak ada yang bersekolah, dengan adanya pekerjaan baru barangkali, dan dengan apapun rencana, semua seronok disusun pada bulan ini. Jadi tak jadi itu belakang cerita yang penting terus bergerak. 

Aien melihat warga media sosial, memuatnaik segala macam ragam yang berlaku pada mereka pagi tadi, seronok. Diri sendiri berfikir sejenak, ke mana aku? Senyum sendiri. Di dapur, masak seperti biasa untuk yang tercinta. Sambil-sambil menguruskan anak-anak yang tergolek-golek di hamparan. Juga aktiviti biasa. Tak berasa sudah berada di tahun yang berbeza. Mungkin tidak ada yang bersekolah lagi, sebab itu masih sama. 

Sebelum berakhir semalam, ada teman memberi respon terhadap sesuatu yang Aien kongsikan di salah satu media sosial. Katanya, jom sama-sama jadi Ibu yang penyayang. Yang tutur katanya manis dan lembut saja. Yang sabarnya tinggi setinggi langit. Dalam hati berbicara sendiri, Tuhan, tolong la lembutkan hatiku yang sering kasar bersama anak-anak. Ini amanahmu Ya Allah.  Ringkas, moga sentiasa tersemat di kalbu. 

Itu saja impian yang ada. Menjadi Ibu yang disenangi anak-anak, menjadi isteri yang dihargai sang suami, menjadi kakak dan adik yang dihormati oleh beradik, dan menjadi anak yang sentiasa dirindui mak ayah. 

Usah dibiarkan segala yang buruk terus kekal bersama, ambil yang jernih dijunjung rapi. 

Biar la cerita semalam habis semalam, biar la apa yang sudah berlalu jangan disebut, dan biar la jangan sampai diri tertindas. 

Oh, jangan sedih di hari pertama. Coretannya begini. Mungkin kesan dari berfikir panjang dan selagi tidak diluahkan risau memamah diri. 

Be happy, enjoy your simple life cause anybody will admire yang just simple life. Nothing to worry, have  good husband, lovely kids. Alhamdulillah. Just one thing, love yourself more and more. When you do, semua akan terkesan sama. 

Jaa Nee! 

8 ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤