BELI PETPET DIAPER DAPAT T-SHIRT PONEY

Isnin, Januari 20, 2020


Beli PetPet Diaper dapat T-Shirt Poney | Siapa yang tak suka beli barang dapat hadiah percuma? Lagi-lagi hadiah dia sangat berguna untuk kita. 

Kisahnya, Aien saban bulan wajib tengok aplikasi Hargapedia untuk semak senarai harga barang terutama sekali barang anak-anak. Ya la, kita nak beli sekali bundle, jadi kena cari yang lebih jimat. Aien ada tengok Shopee kadang-kadang menawarkan harga yang agak lumayan. Tapi, kalau duit dah jatuh di tangan susah nak kembali ke akaun. Betul tak? 

Sejak dari Nayla bayi, dia serasi dengan lampin pakai buang jenama Petpet. Jadi, bila lahirnya Izz, kami cuba latihkan dia dengan jenama yang sama, alhamdulillah serasi juga. Bertambah senang kerja Ibu ayah dia. Bila Izz dah makin bambam dan Nayla semakin kecik (tamau makan) diet sokmo. Akhirnya mereka berdua berkongsi saiz yang sama. 

PetPet boleh dikatakan sangat berbaloi apatah lagi tiap-tiap bulan ada saja promosi di serata shopping mall. Tapi nak kena pandai bandingkan harga. Mula-mula dulu selalu beli kat AEON sebab rate harga dia sekitar RM27-30 satu pek. Itu bergantung juga pada saiz lampin tersebut. 

Bila Mydin Mall dah buka di Mutiara Rini, kami selalu borong di sana memandangkan Mydin juga sediakan kad keahlian yang agak lumayan. Bila dua beradik berkongsi satu saiz, senang Ibu nak kira berapa lama mereka guna satu pek tersebut. 

Fuh, menangis jugak, tapi demi anak-anak. Tunggu nanti Nayla dah start training potty dan diapers free, boleh la tarik nafas panjang sikit. 

Kekerapan penggunaan lampin pakai buang ni menyebabkan satu pek tu cuma tahan seminggu buat mereka dua beradik. Kalau maintain saja, boleh la lebih kurang seminggu lebih dua harim Giteww~


Econsave menjadi pilihan untuk bulan Januari untuk stok bulan Februari. Pasai dia memang terlajak murah berbanding dengan yang lain dan ada hadiah yang menarik iaitu T-shirt daripada Poney. Mungkin kolabrasi antara PetpetxPoney juga, wallahu alam.

 Ada juga stok MEGA PACK yang mana dua pek biasa digabungkan menjadi satu dengan harga Rm55-58 . Walaupun masih ada percuma pinggan buluh yang comel, tapi Encik Suami memilih untuk pek biasa yang harganya murah sikit dibandingkan dengan Mega Pack tadi. Yang mana satu pek saiz M ada 72 keping dijual dengan harga RM27.68. Beli dua pek dapat satu T-shirt. Kan lebih berbaloi jika dibandingkan dengan Mega Pack tadi. Bila dah beli 6 pek, dapat la claim tiga T-shirt. Rezeki Nayla dapat baju tu lebih sebab budak yang jaga kaunter redeem hadiah tu bagi stok yang tinggal satu ja. Habiskan je la.


Alang-alang kan? Tinggal satu, buat apa biarkan dia tak berteman. Seronok hati Ibu yang memang dalam hati asyik nak cari T-shirt buat anak dara ni. Buat sesi declutter hari tu, baru sedar seluar dia lagi banyak dari baju. Kesian naa~

Bila dah dapat t-shirt ni, Nayla secara tak langsung jadi Fir pulak.  Haha Siapa Fir? Alah, Ungku Ismail dalam cerita Adellea Sofea tu. Kan asyik pakai baju plain putih je. Nasib Nayla punya bercorak la.


Dah basuh macam ni, lawanya tengok semua putih. Last tengok semua putih gini masa dalam pantang ja. Sedihnya, sidai-sidai semalam, terjatuh satu baju sangkut di ampaian rumah tingkat satu. Selalu jatuh kat tingkat dua, sampai Encik Suami pun marah asyik jatuh je kerja. Bila ampaian tak cukup dah kau sidai baju sejuta helai memang la pakda sidai kat luar. Datang clumsy tu, ada la jatuh sehelai.

Nanti kita cerita beli apa lagi dapat percuma. Jaa Nee!

14 ulasan

  1. ank sy guna drypers.. petpet xsesuai dgn dia.. huhu..
    petpet lg murah tp nk buat camne kalo xsesuai xleh pkai jgk.. hehe..

    bestnya beli pampers dpt tshirt!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nayla pulak tak ngam dengan drypers. Skrg drypers ada promo tabung kan?

      hehe

      Padam
  2. comelnya tshirt dia bagi! Memang happy la kalau dapat free gift comel macamni

    BalasPadam
  3. cantek t-shirtnya.. putih suci gitu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Putih suci, dapat kat budak legam jadinya. haha

      Padam
  4. Sha kalau dapat free gift macam nie dan barang yang dijual berbaloi, memang beli banyak terus.. Mesti comel Nayla pakai tshirt putih..

    BalasPadam
  5. wahh tahniahnyerr menang hadiah tuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak menang pun. Beli pampers ni, dah dapat. ^^

      Padam
  6. Anak saya yg satu tu pun sesuai dgn pet² ja... bestnya dpt baju pony... part paling saya suka, beli dapat free gift😄😄..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Semangat nak membeli biladl ada free gift. ^^

      Padam
  7. memang best bila dapat barang free atau buy 1 free 1. hehe rasa happy sgt especially kalau barang tu memang barang yg penting

    BalasPadam
  8. assalamualaikum... hi everything! ;-) sihat ke tu? maaflah... baru laa ni dapat memunculkan diri. bukan sebab kuarantin tapi... err malaslah nak cakap hahaha... tak tau nak cakap apa. just harap lepas ni kita dapat bertegur sapa lagi macam dulu2... jgn lupa jenguk2 blog sy tu. sy dah bersihkan segala habuk dan sawang2 hahaha...see ya!

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤