BARU DAPAT TENGOK FROZEN 2 (2019)

Isnin, Januari 06, 2020

Baru dapat tengok Frozen 2 | Hi~ Assalamualaikum

Setelah sekian lama kan, itu la kerja suri rumah bila ada kelapangan. Lepas dah settle mengemas serba sedikit, lepak dengan anak-anak pasang la movie ni.

Bukan tak nak support yang terbaik di pawagam, al-maklum la ada anak kecil, pawagam yang paling best adalah rumah. Tempat paling selesa nak golek-golek kuak lentang adalah tilam di depan televisyen. So, kenapa perlu membazir?

Okay, kebanyakan orang mesti dah pulun tengok masa cuti sekolah hari tu kan. Ada yang bagi berbagai tingkat rating untuk animasi dari US ni. Tapi majoriti memang akan bagi lima bintang ke atas.

Sinopsis Frozen 2 ni mengisahkan Elsa, Anna, Kristoff, Olaf dan Sven meninggalkan Arendelle untuk menjelajahi hutan ajaib. Di situ mereka mengetahui asal usul kekuasaan Elsa dan berusaha untuk menyelamatkan Arendelle.

Ceritanya di hutan ajaib yang mempunyai kuasa alam iaitu Roh Air, Roh Api, Roh Tanah dan Roh Angin dan dijaga oleh suku kaum Nothralla (kalau tak silap la) Raja Arendelle masa tu, King Runeard membuat perjanjian harmoni dengan suka kaum Notralla ni dengan kesejahteraan sejagat. Tapi di sebalik perjanjian ni tadi, rupanya twist cerita dia, King Runeard nak sekat segala kuasa yang ada di dalam hutan ni dari menganggu gugat Arendelle. Pada masa tu menyebabkan semua roh yang ada dalam hutan tu marah akan persengketaan yang dibawa oleh Arendelle. Sejak dari tu hutan ajaib ditutup dari semua orang dan tiada siapa pernah masuk mahupun keluar dari hutan tersebut.


Quotes menarik apabila Elsa tahu kebenaran di sebalik rahsia penutupan Hutan ajaib ni.

King Runeard: " Magic makes people feel  too powerful. Too entitled. It's makes them think they can defy the will of a King."

Elsa: "That is not what magic does. That just your fears. Fears is what can't trusted."


Kesimpulan menyeluruh dari Frozen 2 ni adalah mengajar kita selagi kita berasa takut, dan biarkan takut itu menguasai diri kita, selagi tu kita tak akan bergerak ke mana-mana. Adeh! Sedas kena batang idong. Wei~ cite budak-budak kot ni. Haha  

Terkesan sungguh pada mak budak ni. Apa pun, movie Frozen 2 ni best sebab lagu dia, animasi dia. And baju Elsa dan Anna semua cantek dalam ni. Nasib anak dara Aien yang sorang tu belom tahu lagi. Kalau dah faham, siap la. Balik-balik itu je la.

Till next movie, Jaa Nee!

20 ulasan

  1. saya belum tengok lagi frozen 2 ni..hehe

    BalasPadam
  2. meremang bulu roma time lagu "show yourself"

    BalasPadam
  3. Belum tengok lagi. Nak layan online pun tak keluar lagi. Dah habis musim baru dapat tengok agaknya nanti. huhu

    BalasPadam
  4. Still menarik mcm frozen 1..mcm x puas je tgk. Haha

    BalasPadam
  5. Saya baru tahun ni ke wayang semula lps bertahun2 x jejak kaki..anak dah besar baru syok bawa tgk wayang. Kalau tak Bukan dia tau apa pun kan..hehe

    BalasPadam
  6. Anak2 dara Sha memang sukalah.. hehehe..

    BalasPadam
  7. Fiza belum tengok lagi ni. 😊

    BalasPadam
  8. Telegram dekat mne ea die punye movie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cuba cari di Encikmovie, kot.. atau cuba taip aje tajuk nak dicari di bahagian carian, nanti ada keluar link.

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤