Penyanyi dan pelakon Goo Ha Ra mati?

Selasa, November 26, 2019

Penyanyi dan Pelakon Goo Hara Mati? | Hi~ Assalamualaikum

Semalam, warga dunia dikejutkan lagi dengan satu kematian artis Korea Selatan iaitu Goo Ha Ra. Kematian yang dijangka kematian mengejut apabila dirinya ditemui tidak bernafas di kediamannya semalam. 

Siapa Goo Ha Ra? 

Goo Ha Ra yang lahir pada 13 Januari 1991 merupakan seorang penyanyi yang debut bersama kumpulan Ka Ra yang popular dengan lagu MR.MR. pada tahun 2012.


Beliau juga pernah berlakon dalam beberapa buah drama di antaranya City Hunter. 

Goo Hara kemudiannya kembali sebagai artis solo dengan EP alohara. 


Kematiannya yang agak mengejut warga media sosial sememangnya dapat diduga sebabnya oleh para peminat. Kerana ada kenyataan mengatakan beliau pernah cuba membunuh diri pada March lepas. 

Di laman allkpop mengatakan, pada sabtu lepas beliau telah menaikturun gambar beliau dengan caption yang bermaksud sleep well. 


Pada tahun ini saja, berapa ramai artis korea yang meninggal kerana sebab yang sama. 

Sedih, tapi itu la. Menjadi artis bukan satu tugas yang mudah. Ada yang mengatakan beliau tertekan kerana sering dibuli oleh teman lelakinya dan pelbagai spekulasi yang timbul akibat dari kematiannya ini. 

Harap la, tak ada yang cuba untuk bunuh diri lagi. 

Rest well. We always remember you as artist. 

😢

sumber:allkpop & google. 


7 ulasan

  1. Makin ramai pula kan yang bunuh diri ini.. huhuhu..

    BalasPadam
  2. memang mengejutkan, ingatkan dia ok lepas first suicide dulu :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Everyone hoping she was okay, but she's not. :'(

      Padam
  3. Sedih kan. Lepas Sulli dia pulak ikut BFF dia. Biasa tengok dia ceria je tapi dalam ceria dia ada kisah yang banyak dipendam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Kadang² tersenyumnya seseorang tu, banyak benda yang dipendamnya. T^T

      Padam
    2. dia antara guest Running Man yang sangat happy kan.

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤