T-MOVIE: VELAI ILLA PATTADHARI 2 (2017)

Isnin, Oktober 28, 2019

Hi~ Assalamualaikum | T-Movie: Velai Illa Pattadhari 2. 

Happy Deepavali to all of you gais, and Happy Holiday sebenarnya kan. Actually this entry should be post semalam, tapi tapi tapi, tak sempat nak menaip bait-bait kata yang seharusya, maka tertangguh ke hari ini. 

Siapa temgok cerita ni semalam??  Kita geng! Sep sikit. Al-maklum la cuti-cuti ni Aien balik kampung mentua, sempat la jugak melayan cerita tv ni. Kalau tak,, mananya.  

Velai Illa Pattadhari 2 atau VIP 2 merupakan sambungan daripada Velai Illa Pattadhari yang mengisahkan seorang pelajar jurutera yang menganggur selepas tamat pegajiannya. 

Disebabkan Aien tak tengok yang pertama disebabkan pergi jemputan, Aien terus je la cerita yang VIP 2 ni je. 

VIP 2 ni pulak kisahkan Raghu yang telah pun mendapat pekerjaan sebagai jurutera dah telah dinobatkan sebagai jurutera hebat pada tahun itu. 

Kajol as Cik Ashu merupakan seorang jurutera yang terkenal dan syarikatnya merupakan syarikat no 1 di Selatan India yang menjadi idaman semua pelajar jurutera. Siapa kerja dengan kompeni dia memang akan dapat projek besar-besar. Biasa la kan, dorang jurutera ni dikenali dengan projek jutanam. 


Kesinambungan VIP 2 ini adalah bagaimana Raghu mengendalikan dunia pekerjaannya. Fuh  cerita ni penuh dengan kelakar je bagi Aien. Dan sedikit aksi dan yang penting semangat kesatuan mereka dalam ni. 

Raghu, yang telah dinobatkan sebagai jurutera terbaik tu tadi, telah cuba ditawarkan pekerjaan di syarikat cik Ashu ni tadi. Tapi, Raghu tolak atas alasan, dia takkan jadi kacang lupakan kulit, setelah En. Ram ambil dia bekerja sejak resumenya asyik ditolak oleh syarikat Ashu ni tadi. Oh mungkin dalam VIP tu, dia dah cuba banyak kali la kan. 

One more thing Ashu ni sombong sikit attitude dia, dan itu yang dijadikan cerita Ashu mula buat dunia pekerjaan Raghu ni porak peranda. 

Memang sesuai ditonton di musim perayaan macam ni la kan. Sebab banyak elemen yang diterapkan dalam ni. 

Kekeluargaan, antara Raghu dan isterinya, ayahnya serta adiknya. Dorang ni sudah kematian maknya yang merupakan tonggak utama pengurus rumah tu. So, bila bini Raghu ni ambil alih, dia tak habis² bebel. Part sini lawak giler. Puas la Aien gelak buang sendu yang ada di hati ni kan. Haha Serius masih terbayang lawak dia. 

Kemudian, part kesatuhatian mereka VIP ni tadi  apabila si Raghu telah berjaya bina syarikat dia sendiri, dan dapat projek besar tapi ping pang ping pung, corruption everywhere and projek tu diserahkan pada Cik Ashu. 

Ping pang ping pung,, Syarikat VIP dibeli oleh Cik Ashu. Dan dia ingat dia dapat beli kompeni org tu, dapat semua pekerja. Sayang, dorang pengikut setia Raghu yang nampak selenge, tapi sangat bijak. 

Huh, dari jam 3 sampai hampir jam 6 tak berganjak muntot ha tengok. Kecuali iklan saja. Haha puas gelak je sebenarnya. Terhibur sikit hati kan? Terapu cuti gitu. 


MORAL OF STORY
Whatever you do, do it with whole heart. And you will enjoy it. And brotherhood is stronger than everything. Whatever you do, don't forget your parents. 

Banyak laa kesimpulan boleh diperolehi dari filem ni. 

Sekian, itu saja. Till next movie. 





4 ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤