FIRST TIME NAYLA KE ZOO JOHOR

Khamis, Mac 14, 2019

Hi~ Assalamualaikum

Haaaa... Meh Ibu nak abadikan kisah Nayla buat pertama kali ke zoo dan untuk Ibu kali pertama jugak ke zoo Johor nih. Ikutkan masa kecik-kecik dulu Atok engko bawak sekali je Ibu ngan acik-acik ko ke zoo. Itu pun bukan proper zoo. Haha So, bersyukur ada ayah ko yang rajin nau ke zoo gini. Dengan panas yang bukan kepalang, nasib baik baru lepas makan nasi minyak. 

Let's go! 

Ah~ lupa nak ambik gambar kat gerbang dia. Biar la kita tayang gambar haiwan je tau, untuk gambar Nayla dan selebihnya di IG. hehe


Ini namanya Hornbill a.k.a Burung Enggang. Dapat tengok dalam zoo je. Burung Enggang dengan Kenyalang tu sama ke hee? Hahaha Rasa macam sama je sebab rupa dia.


Siannya Aien tengok Orang Utan ni. Duduk tepi macam kelelahan je. Musim panas, di tengah petang gitu semua binatang tidur dan berehat je. Tak syiok jugak tengok.


Ular sawa berlingkar tidur di samping makanan dia. Konfius jugak kami ayam-ayam tu makanan dia ke hape, sebab Aien nampak ada telur ayam sekali. Ular ni tidur kekenyangan je. Haha Agaknya dah makan kot masa kitaorang sampai.


Ini namanya kijang. kot. Sian dia sekor je dalam kandang besar tu. Makan pun berseekoran. Kalau diperhatikan betul, macam bermata dua saja binatang ni. Tuan Izwan la tegur. Aien pun mengiyakan. Aduhh, eden kepenatan. Kah, sedangkan anak suami yang usung. Aien usung diri dan beg Nayla je. Kata Tuan Izwan. Habis dalam perut ni bukan orang? =='


Ostrich atau dalam bahasa Melayunya Burung Unta. Besar giler wa cakap lu. Aien pun naik heran, dengan dua jari saja di kaki, dia tegap berdiri siap boleh bawak orang. Hurm.. Subhaa Naallah.


Yang ni anak Korea yang sangat berani! Aien amused with myself cause boleh faham la apa yang budak ni cakap dengan parents dia. Waaa~ Itu la bahana selalu tengok drama Korea, dengar lagu deme. Faham itu faham. If Hangul itu bahasanya dialek Seoul. Kalau dah masuk Dialek Jeju, apakan lagi tu.. Jenuh jugak la nak dengar.


Oh, Harimau! dengan baby dia. Comel betul. Aien cakap dengan Tuan Izwan, macam bantal tau tengok dari atas ni. Haha Boleh dia kabo, turun bawah la nak tengok bantal tak bantal. Fluffy je nampak bulu dia. Nampak kemas la sikit jika nak bandingkan dengan kandang singa. Nampak comfy jugak kandang harimau ni berbanding dengan singa.


Dan the last foto, Singa betina tu tidur terbongkang gais! Terlantang gitu. Macam Nayla, Ibu ketawa. Haha

Singa dia ada 4 ekor betina, seekor saja jantan. As binatang yang lain, mereka juga turut membongak tidur. Adeh, tengok je la mampu.

Ada banyak lagi binatang yang Aien tak amek gambar cause I'm not a profesional photografer and I didn't find a good angle to take their foto. So, Mana yang lighting cantek menawan macam yang ditayangkan, adalah di sini. Haha

Oh ya, by the way tiket masuk ke zoo Johor ni cuma RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Baby bawah 2 tahun tak kena cas. Murah kan? Kalau nak dibandingkan dengan zoo kat Miri. Kata adik guwe. Aien tak pernah lagi pergi. Haha sebab terasa jauh. Alasan je semua tu.

And... jika anda nak pergi masa musim panas gini, pastikan bawa bekalan air secukupnya atau beli je kat kedai yang ada dalam zoo tu. hehe Pastikan dah guna sunblock siap-siap untuk cegah kanser kulit, dan sediakan perlindungan yang lain seperti topi ataupun payung. Jika tak ada, beli saja di dalam zoo tu.

Setelah hampir dua jam pusing satu zoo Johor, Nayla pun tertidur kepenatan. Haha Susah tau nak tengok dak kecik ni 'Tertidur'. Selalunya dia akan tahan mata dia till you give her proper sleep. Macam cuci kaki, cuci tangan, cuci muka, kasi susu and buai. Haa... dalam kereta yang kebanyakan budak selalu tidur pun dia boleh tahan tau. Kecuali macam keadaan di atas, baru dia tertidur.

Pape pun anak, awak dah sampai ke zoo Johor. Ada rezeki minta ayah lanje zoo Miri pulak yek..


4 ulasan

  1. Murah tiket masuk dia.. Kalau kat sini boleh tahanlah harganya.. hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sini tu mana Kak Sha? Sama dengan Miri. Mahal kemain, adanya buaya ja. ^^

      Padam
  2. harga sangat ookay kalo local zoo. memang sesuai kalo bawa anak2 pegi sini.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤