REVIEW: INDOMIE SALTY EGG SEDAP KE?

Selasa, November 27, 2018
Hi~ Assalamualaikum

Minggu ni rasanya banyak dan panjang list Aien nak makan. Is that mengidam?? No no no. Hanya teringin yer... 

Semalam jalan-jalan beli barang dapur, Aien terjumpa satu mee goreng dari Indomie ni. Like, eh! packging baru ke? kenapa dia jual satu-satu? kena cuba ni. Capai sebungkus, masuk troli. Tanya Tuan Izwan, dia nak tak.. hanya mengeleng je. Tak apa. Nanti kita share kalau tak sedap. Kalau sedap, sesudu je. Haha 

Ada ke patut dia salahkan Aien sebab sejak kawen ni, dia suka makan. Adoo~ tapi itu kenyataan. Haha Semua benda nak bedal dan cuba. Kecuali yang tak berkenaan la kan. Selagi boleh, Aien bedal je. Keluarga in laws pulak, banyak juga tak makan, dan tak makan. Bukan sebab tak pandai, cuma takut nak mencuba. Hee~ 

Bak kata mendiang nenek Aien dulu, makan la selagi boleh. Kalau kau sakit, bentang kfc, pizza depan mata pun kau tak lalu. Betul kan? 

Ni, nak ajar Nyonya Nayla makan semua. Ikut Ibu. Boleh join acik-acik buat foodhunting. We love food. Makan makan makan.. 

Eh~ Eh~ dah ke mana taip tu? Balik, balik cerita indomie tadi.. 



Style packging dia macam ni, nampak besar kan? but, we'll see apa dalam dia. Nice la sebab warna kuning menyerlah dan membuatkan daku ingin mencuba. 


Seperti bungkusan mee segera yang lain, Indomie juga ada tunjuk cara-cara memasak mee segera ni. Bagi yang tak berapa arif macam Aien ni, kena la rujuk cara ni. 

 
Nampak tak betapa gagalnya Aien masak mee segera ni? Yadoi, kembang! terlebih masak! Over cooked sampai mee ni lunyai!! Oh~ mee aku!! Tak apa. Tak elok membazir. Kita makan jugak. Aien terlupa nak snap sos dan perasa dia. Damn! Spoiled sebab mee dah kembang. T^T


Okay done! After dah gaul dengan perasa dan sos, mee kita telah pun siap! Dan agak mengecewakan sebab tak berapa nak jadi dan mee dia nampak sikit dari bungkusan. O M G! Frusted kuasa dua. 

Sebelum makan baca doa dulu ye kawan-kawan. Sekali suap~ wow! sedapnya. Rasa macam ketam masak telur masin tu. Wow. Sedapnya. Terus kabo dengan Tuan Izwan, nyesal beli sebungkus je. Sudah la main ambik je tak tengok harga. Yeay! pengguna yang bijak! 

Kasi la sesudu share dengan Tuan Izwan. Nasib sekali je dia nak. Haha Cukup lima suap, dah pun habis mee kita. Sekian! 

End up, Aien tambah la dengan roti cicah milo. Dahsyat nyawa dugong! Jangan salahkan timbang yer. Haha 

Okayh, lain kali kena beli lagi mee ni. Kasi adik ipar cuba pulak. Dia pun senang nak kena hasut dengan makanan ni. Haha Uolls tak nak cuba ke? Atau ada yang dah cuba? Let me know if you dah cuba. Sedap ke tak macam yang Aien rasa? 

16 ulasan

  1. cam sedap! Nak cuba jugak lah..nak beli dua bungkus aci tak? Hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. aci sebab takut tak cukup. Mee dia sikit sangat.. haha

      Padam
  2. Sedap eh Aien.. Bolehlah nak cuba annti.. kikiki..

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba kak sha.. sekali cuba pasti nak lagi. ^^

      Padam
    2. Jenuh gak cari.. tak berjaya jumpa lagi..

      Padam
    3. Kena buat la misi mencari mee ni. haha

      Padam
  3. Sesekali sedap jugak makan maggi kering begini. Hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la. sekali sekala.. tak buleh selalu. nanti hilang rambut. :) haha

      Padam
  4. Balasan
    1. dia cepat sangat masak. Rasa tak lama pun biar dia.. T^T

      Padam
  5. wow 5 suap je dah habis?! Tak try lagi tapi nanti boleh cuba mana tahu jatuh cinta

    BalasPadam
    Balasan
    1. iye.. tak tipu tau. rasa mcam sikit sangat and nyesal beli se.. =_=

      Padam
  6. Balasan
    1. Cuba jangan tak cuba.. Beli jangan satu, kena dua. kalau tak, nyesal!

      Padam
  7. Tak pernah beli lg indomie ni
    Biasanya Beli Maggi kari

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤