DRAMA REVIEW: SIREN (2018)

Isnin, Oktober 15, 2018
Hai Hai Assalamualaikum w.b.t 

Warga Johor buat apa cuti ni? Aien tak ada nak ke mana, husband tak berapa gemar jalan masa public holiday atau hari cuti. Biasa la, masa dihabiskan atas jalan saja. Haha  Teringat pulak masa nak tunang dulu. Konon nak p cari cincin masa cuti Hari Buruh, sekali kau... atas jalan saja. Sudahnya cincin entah ke mana, makan pun entah ke mana. Tobat nasuha dah lepas tu. Kita pulak, orang cuti kan.. seronok la nak mengajak orang jalan. Hampeh~ So, dah settle masak, laundry apa semua, moh kita layan drama ni.


Kali ni Aien nak share bukan drama Korean atas mana Asia, tapi tv series orang putih gitu. Biasa drama orang putih ni satu season episode dia pendek-pendek je, tapi tengok la. Kalau cerita tu dapat rating terbaik, dorang akan sambung season seterusnya. Kalau tak, terkubur je la situ. Yang ni pun, Aien dah lama teringin nak tengok. Terlupa pulak bila dia ditayangkan. Alih-alih jumpa kat telegram, bantai download dan tengok. Macam biasa la bila masa Aien dapat tengok. 😄  Anak baru sorang gitu la gaya dia. Kalau next time.. tak akan ada masa nak layan ni. Pandai-pandai la cari 'me time' sendiri. 



Tajuk: Siren
Episode: 10
Durasi: 45 per episode
Bahasa: English
Genre: Fantasi, Mitos, Action

Berlatar belakangkan pekan Bristol Cove yang sangat terkenal dengan kisah ikan duyung. Munculnya seorang gadis misteri menarik perhatin pengkaji marin iaitu Maddie dan kekasihnya Ben. Ikuti perjalanan mereka dalam 10 episode ni. 

Kes malas nak kopipes sinopsis dia. Haha Dengan update entry ni kat smartphone ni, ado.. tak berapa gemar la. Bila dia tak tunjuk apa yang kita taip, sibuk dok tunjuk yang atas tu buat apa. Alih-alih taipo je memanjang. Senget betol. Benda ni pun boleh mendatangkan stress. Haa, bila dah bebel pandai pulak dia. 😒 Itu namanya senget tahu! >…<

Hasil dari Aien menonton drama ni, disebabkan lama dah nak tengok. So tengok je la. Biasa la genre cerita Aien, fantasi. kah! Ingatkan cerita hantu tau sebab dari cover photo untuk drama ni kinda seram. So, suspek macam takut la nak tengok. Alih-alih cerita pasal mermaids yang jadi predator laut. Haa~ sedih jugak la sebab manusia ni tamak. Semua benda dia nak kaut. Habis binatang kat laut tu tak dapat makan. So, dorang naik ke darat untuk hunting. Nasib si Ryn tu berubah. Harap ada season dua sebab ending dia macam tergantung gitu. Apa kesudahan si Ryn lepas kakak dia mati. Sebabnya dia kata tak nak  kembali ke laut, kalau kembali dorang siren yang lain takkan terima dia. Like mitos legends pekan dorang tu, pernah ada kisah bau-bau bacang si Ben tu skandal dengan mermaid and lahirkan anak half human. Tapi masa lahir tu, anak tu sibuk nak transition as mermaid. Bapak tu tadi p hangkut anak half human tu ke hutan. Kata orang dia bunuh anak tu, tapi tak sebenarnya. So..  What happen next tunggu je laa kalau-kalau ada next season untuk cerita ni. Korang nak tengok ke? *thinking* link mana entah nak bagi. Aien download kat telegram je. 😅 Dah habis tengok buang. Hee~ kadang malas nak tengok online, kang data krik krik.. hilang mood nak tengok. Baik download siap. Nak tengok lain hari simpan je dalam ni. hee~ Okay. Pepandai la cari ye... Maafin guwe ndak mampu kasi lo pautannya.  Sekian, Itu je Aien nak bebel cuti ni. Enjoy your holiday..  ♥


6 ulasan

  1. Balasan
    1. Best jugak la. Unlike tipikal mermaid story. ^^

      Padam
  2. jemput join ya

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/10/segmen-saya-nak-buku-free-by-cuya.html

    nanti leave a comment sekali untuk join :D

    BalasPadam
  3. Sha tengok separuh jalan je.. sebab ada next seasons.. malas nak tunggu.. nanti tambah seasons lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah tengok habis baru sedar akan ada next season. haha Aien tengok sebab Alex (hero tu). :p

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤