HELLO SEPTEMBER

Selasa, September 04, 2018
Hai hai assalamualaikum

Merdeka telah berlalu, dengan itu August mengucapkan selamat tinggal. Kini, September yang ditunggu telah pun tiba, mari la kita berhura horayyy~ 

Yeah~ I am baby september!!! So bila September datang, always happy. Walau itu tandanya guwe bakalin tua satu taun. 



Bukan nak cakap apa la kan,bila bulan kelahiran kita datang, macam-macam ilham datang. Nak buat itu la, nak buat ini la. September juga bulan yang orang suka sebab banyak cuti. 😍 

Berdasarkan kalendar cuti public holiday Malaysia, dua minggu dalam bulan September, bebudak akan sekolah dalam beberapa hari je kalau nak dibandingkan dengan 5 hari. Haa, syiok nyaa~ Namun tidak la syiok bagi budak-budak yang bakal menduduki UPSR pada minggu hadapan, dan adik-adik yang bakal menduduki PT3 yang semakin hampir. Good luck untuk semua ya~ Selamat menduduki peperiksaan dengan tenang dan redha selepas usaha yang anda lakukan selama ini! 

Wokey, dalam kepala Aien ni ingin la jugak buat giveaway tanda meraikan kelahiran sendiri pada hujung bulan. Tapi..... Sendunya blog buatkan diri lemah semangat. Haha 

Apa pendapat uolls? 😅 hello~ haluuu... Pulish~ ada orang ka singgah sini? 


Bila blog dah tukar wajah baru, chat box entah ke mana, bloglist entah ke mana.. Macam tak best pulak. Well, I always tried to blogwalking others from my Google plus. Sesiapa yang ada follow tu, ada la Aien jejak dan meninggalkan jejak. Bukan dalam minggu ni la tapi. 

Sejak balik dari Miri hari tu, level mim alif lam sin tu meningkat ke 170•c . Maksudnyaa, semua kerja jadi malas. Lagi-lagi bila our little family kena kick out a.k.a move out la dari rumah sewa ni. Bertambah la level tu. 

Sudah la rumah sewa zaman siber ni mahal namati, paling minimum rm500. Kalau husband sorang kerja, yadoi... Sakit jugak tu. Maka, kami decide nak duduk je kat kuarters UTM tu. Walaupun rumah flat. Malangnya, semalam dapat keputusan, kami ditempatkan di Desa Bakti. Which means rumah semakin kecik. OH الله, 
Sedangkan husband dah kabo awal-awal nak kuarters yang flat tu. Harap la dapat rumah tu. #prayfordesaskudai

Habis dah membebel, meh balik pada #birthdaygiveaway yang baru dirangka dalam otak tadi. Apa pendapat uolls? Buat ke tak buat? Bila nak pindah ni, banyak jugak barang-barang nak di-nyahpakaikan. So, daripada berbuang. Mari la donate kepada kawan-kawan blogger yang tak pernah serik dan selalu kunjungi ke mari. 

Haa~ apakan pendapat anda?? 

#birthdaygiveaway 
#yesORno






2 ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤